Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak

1,607

Pelajar IPT yang berasal dari negeri Perak boleh membuat permohonan Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sekiranya kurang berkemampuan untuk saraan diri sepanjang pengajian.

Malahan Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak juga bertujuan untuk:

  • Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.

Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

2 JENIS SALURAN BANTUAN SARADIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK

Terdapat 2 jenis bentuk bantuan yang disalurkan iaitu:

BANTUAN SARA DIRI

  • Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.
  • Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.

BANTUAN KECEMASAN

  • Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
  • Contoh-contoh bencana atau musibah:
    a. Kemalangan,
    b. Kebakaran,
    c. Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,
    d. Kecurian,
    e. Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),
    f. Penyakit kronik.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri: RM700
  • Bantuan Kecemasan: RM300-RM1,000 (Mengikut bencana/Musibah)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
  3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  4. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  5. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  6. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  7. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  8. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
  9. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
  10. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
  11. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri)
  12. Bantuan Sara Diri (Permohonan dibuka 1 Januari Sehingga 31 Ogos Setiap Tahun Bagi Tahun Semasa)

SYARAT BANTUAN KECEMASAN

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
  3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  4. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
  5. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  6. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  7. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
  8. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga)
  9. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian)

DOKUMEN SOKONGAN

Setiap pelajar perlu menyertakan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:

  • Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar.
  • Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  • Borang Permohonan:
    a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
    b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat/ Pemimpin Tempatan /Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  • Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung

CARA MOHON BANTUAN SARADIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK

Untuk membuat permohonan, klik pautan berikut:

Cara Mohon Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapaptkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Bantuan Saradiri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...