Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA Di Buka. Terima Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

383

Apa Itu NADMA?

NADMA adalah singkatan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara yang bertindak sebagai agensi yang menguruskan bantuan terutamanya kepada rakyat yang terjejas akibat sesuatu bencana yang berlaku di Malaysia.

Nadma

Jenis Bantuan Dari NADMA

Terdapat pelbagai bantuan dari NADMA khasnya diwaktu penularan wabak COVID-19 dan juga semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antaranya bantuan RM100 sehari bagi pekerja yang terjejas sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.

Bantuan ini diberikan kepada pekerja yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

100

Selain dari bantuan di atas, NADMA juga menyediakan Bantuan Bekalan Makanan Asas kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negeri.

Jadi anda juga boleh memohon untuk menerima bantuan ini. Berikut info penuh permohonan.

Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

Kriteria kelayakan.

  • Bantuan bekalan makanan diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan perlaksanaan PKP.

Cara memohon dan maklumat yang diperlukan

  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau anda boleh Whatsapp di 019-261 5999.
  • Menghubungi Bilik GErakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah masing-masing. (Waktu operasi mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Maklumat yang diperlukan.

  • Nama penuh pemohon
  • Nombor kad pengenalan pemohon
  • Alamat rumah pemohon
  • Bilangan ahli keluarga yang berada di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi (pengesahan maklumat akan dibuat oleh JKM sebelum penghantaran)

Serahan bantuan

  • Penghantaran adalah ke rumah pemohon oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

bklan makanan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi atau layari portal rasmi berikut :

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Nadma

jkm

Comments
Loading...