Jika Ustaz Ebit Lew mengedarkan 100 biji Tab kepada para pelajar yang memerlukan untuk pembelajaran kelas secara online di rumah, YTL Foundation juga tidak terkecuali untuk memberikan telefon pintar serta pakej data internet secara percuma kepada pelajar dari golongan B40.
Seperti permohonan yang lain, anda perlu membuat semakan syarat permohonan terlebih dahulu. Namun, bagi anda yang masin lagi mampu dan mempunyai telefon bimbit serta peralatan lain untuk mengikuti kelas online, anda bakal menerima data internet 1GB percuma dan pakej langganan data internet semurah RM20/sebulan.
Jika ingin ketahui lain-lain bantuan yang berkaitan, anda juga boleh layari Portal MANFAAT dengan klik disini sahaja dan buat semakan.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR 2021
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan Bantuan Telefon Pintar 2021 dan Data Internet percuma sehingga:
- 30 Jun 2021
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TELEFON PINTAR 2021
Antara syarat yang ditetapkan untuk Bantuan Telefon Pintar 2021 percuma ialah:
- Pelajar yang dicalonkan mestilah bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40 iaitu:
– Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
– Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)
CARA MOHON BANTUAN TELEFON PINTAR 2021 YTL FOUNDATION
Untuk memohon bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation, anda hanya perlu:
- Anda dan anak anda perlu dicalonkan oleh Guru Sekolah terlebih dahulu
- Pelajar akan diwakili oleh guru masing-masing untuk mengisi borang pencalonan Bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation
Maklumat yang perlu anda sediakan ialah:
- Nombor kad pengenalan anda
- Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
- Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa
Seterusnya isi borang melalui pautan berikut: https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
SEMAKAN PERMOHONAN TELEFON PINTAR 2021
Untuk memuat semakan status permohonan, klik sahaja pauatan berikut:
- https://lcs.yes.my/
- Masukkan maklumat yang diminta
- Klik HANTAR
- Lihat paparan status anda.
MANFAAT BANTUAN YTL FOUNDATION
Manfaat yang bakal diperolehi oleh pelajar ialah:
- Telefon pintar
- Data Internet sebanyak 40GB
Kedua-dua manfaat yang diperolehi adalah secara PERCUMA!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Telefon Pintar dan Data Internet Percuma YTL Foundation di:
- YTL FOUNDATION
- 03 2038 0888
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.