Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar & Mohon Bantuan Wang BaktiDesa Sebanyak RM500 Hingga RM1,000

2,807

Pelajar-pelajar yang berasal dari luar bandar dipelawa untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Untuk pengetahuan anda juga, bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar luar bandar adalah secara one off sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan yang diiktiraf.

Macam mana nak mohon ya? Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan info mengenai cara permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB.

INFO RINGKAS BANTUAN BAKTIDESA KPLB

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan 1 mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

INSTITUSI PENDIDIKAN DIIKTIRAF

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara One-Off sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • MRSM
  • Sekolah Harian/Agama Berasrama
  • Pusat Matrikulasi
  • Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan)
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

KADAR BANTUAN

Kadar bayaran bagi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB adalah seperti berikut:

  • RM500: SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil)
  • RM1,000: Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016.
  • Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan.
  • Permohonan perlu dikemukakan selewatnya dalam tempoh 6 bulan setelah memulakan pengajian.

CARA MOHON BANTUAN

Untuk buat permohonan, anda boleh dapatkan borang permohonan melalui pautan berikut:

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Hantarkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KPLB,
Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kewangan Yayasan RISDA (YR), Skim Bantuan Pelajar IPT RM300-RM500

Cara Daftar & Mohon Bantuan Wang BaktiDesa Sebanyak RM500 Hingga RM1,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB disaluran berikut:

  • 03-8891 2237/2225/2215
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...