Bantuan Wang Tunai Sehingga RM500 & Bantuan Komputer Kepada Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

Menteri Besar Pahang telah mengumumkan untuk memberikan bantuan wang sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri Pahang yang terjejas banjir pada Januari lalu.

Baca juga: Program Bantuan Banjir Pelanggan Maybank, Individu Serta Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) / Korporat

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

GOLONGAN SASARAN TERIMA BANTUAN

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan wang tunai RM500 ialah:

  • Ketua Isi Rumah terlibat banjir
  • Peniaga gerai
  • Pemilik rumah kedai

Malah, mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) serta yang berpindah di rumah saudara juga layak menerima bantuan ini.

Mereka ini adalah golongan yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Pahang pada Januari yang lalu.

Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meluluskan peruntukan wang ihsan RM500 bagi setiap KIR yang keseluruhan berjumlah RM4.3 juta.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan wang tunai yang akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) adalah sebanyak:

  • RM500

Bantuan Wang Tunai Sehingga RM500 & Bantuan Komputer Kepada Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

PEMBERIAN BANTUAN BAYARAN SEWA RUMAH

Selain daripada bantuan wang tunai RM500 tersebut, Kerajaan Negeri Pahang juga menetapkan pemberian Bantuan Bayaran Sewa Rumah selama 3 bulan kepada KIR yang:

  • Kehilangan rumah asal ketika bencana banjir
  • Rumah tidak dapat diduki akibat bencana banjir

Bantuan itu dijangka memanfaatkan 27 KIR, membabitkan peruntukan RM16,800.

Bantuan Wang Tunai Sehingga RM500 & Bantuan Komputer Kepada Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

SUMBANGAN SEBUAH KOMPUTER RIBA SEORANG

Memahami kesusahan pelajar untuk belajar dengan selesa sepanjang tempoh PKP 2.0 iaitu PdPR di rumah, MMK Negeri juga bersetuju untuk menyumbangkan sebuah komputer riba setiap seorang kepada penerima seperti berikut:

  • Mereka yang tersenarai di bawah Bantuan Kanak-Kanak (NKK) Pahang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bantuan Wang Tunai Sehingga RM500 & Bantuan Komputer Kepada Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

“Saya berharap dengan bantuan kewangan serta peralatan yang saya umumkan hari ini, ia dapat meringankan beban ditanggung rakyat akibat banjir serta masalah pembelajaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.”

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Baca juga: Dokumen Penting JPJ Rosak / Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.