Kerjaya

RM500 Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Melalui Musaadah Covid-19. Semak Syarat Permohonan Disini

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

16 November 2020
1 min baca
Isi Kandungan

Menyedari terlalu ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti kehilangan sumber pendapatan untuk menyara ahli keluarga serta hilang pekerjaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memberikan bantuan zakat kecemasan kepada golongan-golongan yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Permohonan ini akan dibuka secara online bermula:

  • 16 November 2020 hingga 27 November 2020.

Jadi, jika anda termasuk dalam golongan yang memerlukan ini, anda perlu buat pemohonan dengan segera dan mulai sekarang.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP

Syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP ialah:

  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  • Pemohon BUKAN penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.

GOLONGAN SASARAN

Antara golongan sasaran yang layak memohon bantuan ini ialah:

  • Pemandu teksi / e-hailing.
  • Pengawal keselamatan.
  • Peniaga-peniaga kecil yang terjejas pendapatan.
  • Anda yang hilang pekerjaan akibat Covid-19.
  • Golongan-golongan yang terkesan akibat Covid-19.

RM500 Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Melalui Musaadah Covid-19. Semak Syarat Permohonan Disini

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP ini, anda hanya perlu lakukan secara online sahaja di:

BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP

RM500 Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Melalui Musaadah Covid-19. Semak Syarat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP, anda boleh hubungi MAIWP di saluran berikut:

  • Facebook Baitulmal
  • Telefon: Kuala Lumpur: 012-581 3614 / 012-512 7614
  • Telefon: Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Telefon: Labuan: 013-851 6066

RM500 Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Melalui Musaadah Covid-19. Semak Syarat Permohonan Disini

 

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.