Pelajar sepenuh masa di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipelawa untuk memohon bantuan zakat secara online yang telah dibuka permohonannya.
Semua pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini perlu membuat permohonan dengan segera melalui pautan yang akan dikongsikan melalui artikel ini.
Semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum anda semua membuat permohonan ini.
INFO RINGKAS BANTUAN ZAKAT UNITEN
Isi Kandungan
Bantuan Zakat UNITEN ini diwujudkan dengan tujuan:
- Meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar pada waktu pandemik serta dugaan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UNITEN
Pelajar UNITEN boleh membuat permohonan Bantuan Zakat UNITEN boleh dibuat mulai:
- 4 Januari 2022 hingga 11 Februari 2022
SYARAT PERMOHONAN
Pastikan pelajar UNITEN membaca dahulu syarat-syarat permohonan Bantuan Zakat UNITEN 2022 seperti berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Pelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (BERSTATUS AKTIF) pada semester semasa
- Bersih daripada rekod masalah disiplin atau rekod jenayah
- Mendapat bantuan pendidikan atau pinjaman pendidikan
- Melengkapkan proses permohonan dan kemukakan dokumen yang diperlukan
- Hadir ke sesi temuduga apabila diumumkan
Ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar UNITEN yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat berikut:
- Asasi
- Diploma
- Sarjana Muda (Degree)
- Sarjana (Master)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dipautan berikut:
- https://amanahuniten.my/
- Kemudian lengkapkan permohonan anda
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan untuk rujukan pentadbir.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat UNITEN, sila hubungi pihak UNITEN di saluran berikut:
- Hotline (Whatsapp): 017-347 1917
- Kaunter/Pn. Majdah: 03-8921 2030/03-8921 2033
- Tabung Amanah Zakat UNITEN: [email protected]
- Pn Majdah Sulaiman: [email protected]
- Cik Mawahidah: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.