Pendapatan anda sudah semakin baik dan ingin batalkan pengeluaran iSinar anda? Jika ya, anda boleh batalkan pada bila-bila masa sahaja melalui portal iSinar.
Malahan anda yang ingin membuat permohonan baharu atau permohonan semula, anda sudah boleh berbuat demikian mulai sekarang.
Rujuk: Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari ‘Tidak Berjaya’. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021
Mari kita dapatkan cara-cara membuat pembatalan pengeluaran iSinar KWSP seperti yang dikongsikan ini.
CARA-CARA MEMBUAT PEMBATALAN PENGELUARAN iSINAR KWSP
Isi Kandungan
Untuk membuat pembatalan pengeluaran iSinar KWSP, anda perlu:
- Klik PEMBATALAN PENGELUARAN
- Baca nota penting, fahamkan dan klik OK.
- Masukkan NOMBOR MYKAD/MYPR atau NOMBOR PASPORT dan NOMBOR TELEFON BIMBIT. Klik TERUSKAN.
- Permohonan pembatalan pengeluaran anda akan diproses.
KESAN PEMBATALAN PENGELUARAN iSINAR
Setelah pembatalan i-Sinar diluluskan, tiada bayaran seterusnya akan dibuat. Kesan pembatalan pengeluaran i-Sinar adalah bayaran seterusnya akan dihentikan.
Juga diingatkan, bahawa anda tidak boleh membuat permohonan semula pengeluaran iSinar setelah anda membatalkan pengeluaran iSinar.
CARA TUKAR AMAUN PENGELUARAN iSINAR KWSP
Untuk membuat pindaan pengeluaran, anda hanya:
- Masuk ke portal iSinar
- Klik PINDAAN PENGELUARAN
- Pilih bahagian pindaan yang ingin dilakukan.
Langkah-langkah lengkap membuat pindaan pengeluaran adalah seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pembatalan pengeluaran i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000/03-8922 4848
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.