10,000 Baucar Pusing Selangor Dulu Bernilai RM100. Buat Tebusan Guna Shopee

Jomlah kita semua melancong ke negeri Selangor kerana kerajaan Negeri Selangor ada menyediakan Baucar Pusing Selangor Dulu sebanyak 10,000.

Baucar tersebut bernilai RM100 setiap satu dan semua rakyat Malaysia boleh membuat penebusan mulai 22 Oktober 2021, tengah malam melalui aplikasi ShopeePay.

Jangan tunggu lagi sebab hanya 10,000 baucar sahaja disediakan kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk bercuti di negeri Selangor. Dah tu, cepatlah buat penebuasan sebelum terlambat!

TARIKH PENEBUSAN BAUCAR PUSING SELANGOR DULU

Orang ramai boleh membuat penebusan Baucar Pusing Selangor Dulu mulai:

  • 22 Oktober 2021 (tengah malam)

Penebusan baucar ini boleh dilakukan sehingga:

  • 31 Disember 2021 dan sah digunakan hingga 30 Jun 2022.

Jumlah baucar yang tersedia untuk anda semua adalah sebanyak:

  • 10,000 

Oleh itu, cepat buat penebusan sebelum ianya habis ditebus oleh orang lain.

Baca juga: Beri Kerjasama! Syarikat Pengangkutan Awam Wajib Periksa Status Vaksinasi Penumpang

NILAI BAUCAR

Baucar Pusing Selangor Dulu bernilai:

  • RM100

SIAPA YANG LAYAK BUAT PENEBUSAN BAUCAR PUSING SELANGOR DULU?

Baucar Pusing Selangor Dulu ini tidak terhad kepada rakyat negeri Selangor sahaja sebaliknya ia:

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan yang sah (MyKad).
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Terhad kepada satu transaksi.
  • Tebusan baucar mestilah melalui ShopeePay.
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
  • Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
  • Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
  • Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.

Baucar ini boleh digunakan untuk membeli lebih 170 pakej pelancongan menarik ditawar 35 agensi pelancongan negeri.

CARA TEBUS

Nak tebus baucar?

10,000 Baucar Pusing Selangor Dulu Bernilai RM100. Buat Tebusan Guna Shopee

SOALAN LAZIM

Rujuk soalan lazim untuk dapatkan maklumat seterusnya.

10,000 Baucar Pusing Selangor Dulu Bernilai RM100. Buat Tebusan Guna Shopee

SIARAN MEDIA

10,000 Baucar Pusing Selangor Dulu Bernilai RM100. Buat Tebusan Guna Shopee

Kalau belum lagi muat turun aplikasi Shopee, boleh la buat sekarang untuk tebusan bacar Pusing Selangor Dulu!

Nak pergi Selangor naik ETS, KTM Antarabandar atau KTM Komuter? Beli je tiket melalui KITS! Mudah dan selamat.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.