Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mudah Lagi Beli Tiket Tren ETS, KTM Antarabandar & KTM Komuter Guna KITS. Selamat & Cepat!

1,408

Semua orang nak pergi bercuti selepas ini kan!

Kalau tak nak tiket penerbangan, feri atau keretapi anda habis macam tu je, apakata beli siap-siap sebelum anda pergi bercuti.

Semuanya dihujung jari sahaja tau! Macam tu juga kalau nak beli tiket Tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter. Boleh beli secara online sahaja guna KTMB Integrated Ticketing System (KITS).

INFO RINGKAS KITS

Apa pula tu KTMB Integrated Ticketing System (KITS)?

Kalau anda nak tahu apa itu KITS, ini maklumat untuk rujukan anda.

  • KITS merupakan sistem tiket baru yang diperkalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter.

Untuk menggunakan KITS ini, anda boleh muat turun aplikasi KTMB Mobile terlebih dahulu mengikut pautan ini:

Mudah Lagi Beli Tiket Tren ETS, KTM Antarabandar & KTM Komuter Guna KITS. Selamat & Cepat!

Anda juga boleh menggunakan KTMB e-Wallet untuk membeli tiket melalui sistem KITS.

Baca juga:  Beri Kerjasama! Syarikat Pengangkutan Awam Wajib Periksa Status Vaksinasi Penumpang

CARA BELI TIKET ETS KTM ANTARABANDAR & KTM KOMUTER GUNA KITS

Macam mana pula nak guna KITS untuk membeli tiket tren ETS, KTM Antarabandar dan  KTM Komuter?

Okey, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini dan selamat membeli tiket untuk percutian anda ya!

Mudah Lagi Beli Tiket Tren ETS, KTM Antarabandar & KTM Komuter Guna KITS. Selamat & Cepat!

  • Klik pada Log In/Sign Up
  • Klik Sign Up Now
  • Buat pendaftaran

  • Kemudian Login dengan menggunakan Email dan Password yang telah anda daftar.
  • Buat pilihan destinasi, tarikh pergerakan dan  jumlah penumpang
  • Setelah membuat semakan, anda boleh membuat pembayaran setelah berpuas hati dengan maklumat yang telah anda masukkan.
Nota: Anda boleh gunakan kod promo BOLEH RENTAS dan CUTIKERETAPI semasa membuat pembelian tiket untuk diskaun.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut mengenai KITS, sila hubungi KTMB di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...