Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Bantuan Bencana Alam Veteran ATM. Bantuan Sehingga RM5,000 One-Off

872

Berikutan pelbagai bencana alam yang berlaku pada masa kini, pihak-pihak tertentu juga telah bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Ini kerana bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat membantu  mengurangkan beban mangsa yang dilanda musibah.

Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM juga berusaha untuk membantu Vetaran ATM yang terlibat dengan musibah bencana alam melalui Skim Bencana Alam dengan bantuan sehingga RM5,000 secara one-off.

APA ITU SKIM BENCANA ALAM VETERAN ATM?

Apakah Skim Bencana Alam Veteran ATM?

  • Skim Bencana Alam Veteran ATM merupakan satu bentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

JUMLAH BANTUAN SKIM BENCANA ALAM VETERAN ATM

Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh Veteran ATM melalui Skim Bencana Alam ialah sebanyak:

  • RM5,000 maksimum secara one-off

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Bencana Alam Veteran ATM ialah:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia.
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak tanpa mengira tempoh khidmat.
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh khidmat.
  • Veteran ATM bermaustatin di kediaman tersebut.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian bencana alam.

CARA MOHON

Sebelum membuat permohonan, muat turun borang permohonan terlebih dahulu pada pautan berikut:

Anggota Veteran ATM yang sedang mencari pekerjaan juga boleh cuba untuk memohon pekerjaan pada pautan berikut:

Mohon cepat sebelum 25 Oktober 2021 ini ya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Bencana Alam Veteran ATM? Hubungi kakitangan JHEV ditalian berikut:

  • 03-2050 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...