BAUCAR RM2 JUTA BAGI PKS & MIKRO SELANGOR E-BAZAR
Isi Kandungan
Para usahawan PKS dan Mikro negeri Selangor pastinya gembira dengan berita yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana baucar bernilai RM2 juta akan disalurkan untuk penganjuran Selangor E-bazar.
TEMPOH PENGANJURAN SELANGOR E-BAZAR
Selangor E-Bazar akan berlangsung selama :
- 1 bulan, bermula hari ini sehingga 26 November 2020.
GOLONGAN SASARAN SELANGOR E-BAZAR
Peruntukan dalam bentuk baucar ini akan disalurkan kepada :
- 10,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Selangor, sempena kempen Jualan Mega Nov 11 (Single Day).
2 PLATFORM PERNIAGAAN SELANGOR E-BAZAR
Inisiatif ini akan dianjurkan atas dua platform perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia iaitu :
- Shopee
- Lazada
“Shopee dan Lazada akan menyediakan laman mikro khusus di platform masing-masing. Pengguna boleh mengakses laman mikro khusus berkenaan bagi menikmati diskaun menarik dari Shopee dan Lazada dengan baucar bersubsidi daripada kerajaan negeri Selangor”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian dan IKS, Datuk Teng Chang Khim, berkata Selangor adalah satu-satunya negeri yang melancarkan dua kempen baucar dalam talian berturut-turut untuk mempercepatkan pendigitalan PKS pada masa kritikal.
Kempen Selangor E-bazar Raya yang berlangsung dua bulan sebelum ini dari 4 Mei hingga 4 Julai mencapai kejayaan cemerlang.
Dengan penyaluran baucar subsidi RM1 juta oleh kerajaan Selangor, peniaga berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM11.7 juta, bersamaan dengan pulangan pelaburan sebanyak 12 kali ganda. Ia adalah peningkatan 341 peratus daripada baucar berkenaan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.