Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Baucar RM2 Juta Bagi PKS & Mikro Selangor E-bazar

1,335

BAUCAR RM2 JUTA BAGI PKS & MIKRO SELANGOR E-BAZAR

Para usahawan PKS dan Mikro negeri Selangor pastinya gembira dengan berita yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana baucar bernilai RM2 juta akan disalurkan untuk penganjuran Selangor E-bazar.

TEMPOH PENGANJURAN SELANGOR E-BAZAR

Selangor E-Bazar akan berlangsung selama :

  • 1 bulan, bermula hari ini sehingga 26 November 2020.

GOLONGAN SASARAN SELANGOR E-BAZAR

Peruntukan dalam bentuk baucar ini akan disalurkan kepada :

  • 10,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Selangor, sempena kempen Jualan Mega Nov 11 (Single Day).
Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) dalam kenyataan hari ini, berkata inisiatif itu bermatlamat, membantu PKS dan Perusahaan Mikro Selangor melaksanakan pendigitalan untuk bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada era pandemik COVID-19.

2 PLATFORM PERNIAGAAN SELANGOR E-BAZAR

Inisiatif ini akan dianjurkan atas dua platform perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia iaitu :

  • Shopee
  • Lazada

“Shopee dan Lazada akan menyediakan laman mikro khusus di platform masing-masing. Pengguna boleh mengakses laman mikro khusus berkenaan bagi menikmati diskaun menarik dari Shopee dan Lazada dengan baucar bersubsidi daripada kerajaan negeri Selangor”

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian dan IKS, Datuk Teng Chang Khim, berkata Selangor adalah satu-satunya negeri yang melancarkan dua kempen baucar dalam talian berturut-turut untuk mempercepatkan pendigitalan PKS pada masa kritikal.

Kempen Selangor E-bazar Raya yang berlangsung dua bulan sebelum ini dari 4 Mei hingga 4 Julai mencapai kejayaan cemerlang.

Dengan penyaluran baucar subsidi RM1 juta oleh kerajaan Selangor, peniaga berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM11.7 juta, bersamaan dengan pulangan pelaburan sebanyak 12 kali ganda. Ia adalah peningkatan 341 peratus daripada baucar berkenaan.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...