Seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang menerima pencen, akhirnya ia ditunaikan jua!
Mengikut Perdana Menteri, penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima bonus mengikut bayaran gaji dan bayaran pencen pada bulan Januari 2022.
Betul ke? Sila semak akun bank masing-masing ya!
TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN
Isi Kandungan
Semua penjawat awam iaitu Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah serta pesara kerajaan akan dikreditkan bayaran bonus mulai:
- 25 Januari 2022
JUMLAH BAYARAN BONUS
Jumlah bayaran bonus adalah seperti berikut:
RM700
- Pegawai Perhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah
RM350
- Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
- Penerima Pencen Terbitan
- Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)
- Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen
Baca juga: Ramai Bising! Mengapa Bonus Penjawat Awam RM700? Ini Jawapan Menteri Kewangan
MAKLUMAT LANUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai bayaran bonus, sila ajukan kepada:
- Jabatan Perkhidmatan Awam: [email protected]
- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM: 03-20508131
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.