Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa Satu Berperingkat Bermula 6 September Ini

1,818

Berita gembira buat semua penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC)!

Mengikut pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, anda semua akan menerima bayaran BKC bermula 6 September 2021 secara berperingkat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan segera membuat pembayaran  Bantuan Khas COVID-19, dengan dana RM3.1 bilion telah disalur hari ini.

INFO RINGKAS BKC

Bantuan Khas Covid-19 ini merupakan satu bentuk bantuan yang disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan:

  • Kelompok miskin tegar
  • B40
  • M40

Rujuk: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar untuk menerima bantuan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

TARIKH BAYARAN BKC

Tarikh bayaran BKC terkini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu bermula pada:

  • 6 September 2021 dan dibayar secara berperingkat
Nota: Pembayaran BKC ke akaun penerima dijangka selesai pada 10 September 2021.

KELAYAKAN PENERIMA BKC

Anda boleh semak kelayakan penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) seperti yang dikongsikan dibawah:

FASA PEMBAYARAN BKC

Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dibawah:

Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa Satu Berperingkat Bermula 6 September Ini

Semoga pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) ini memberi manfaat kepada semua penerima dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...