Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran i-Citra Bagi Bulan Oktober Diawalkan Bermula 1 Oktober 2021

1,956

Bila pula ya bayaran iCitra KWSP bagi bulan Oktober 2021?

Anda boleh buat semakan di iAkaun KWSP kerana menurut KWSP, anda semua akan menerima bayaran seawal 1 Oktober 2021 ke akaun masing-masing secara berperingkat.

Kemudian, anda boleh membuat semakan secara perbankan atas talian untuk memastikan wang iCitra telah dimasukkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

TARIKH BAYARAN ICITRA OKTOBER

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP, bayaran iCitra KWSP akan dikreditkan ke akaun masing-masing secara berperingkat mulai:

  • 1 Oktober 2021

TEMPOH KREDIT BAYARAN ICITRA

Pengkreditan bayaran iCitra ke akaun bank penerima adalah dalam tempoh:

  • 1 hingga 3 hari berkerja bergantung kepada prosedur bank

SEMAKAN MELALUI IAKAUN

Pemohon juga boleh membuat semakan melalui iAkaun seperti berikut:

  • Klik: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  • Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  • Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud permohonan anda adalah LULUS.

SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB iCITRA

Untuk semakan pembayaran melalui laman web iCitra pula adalah seperti berikut:

  • Klik: https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik Semakan Status dan masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  • Klik Semak Status.
  • Tarikh bayaran iCitra anda akan dipaparkan.

Bayaran i-Citra Bagi Bulan Oktober Diawalkan Bermula 1 Oktober 2021

Baca juga: Dah Boleh Daftar Akaun ASB Online Via Aplikasi MyASNB Je. Ini Caranya & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...