Status Bayaran TUNAI Pada Semakan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP), Apa Perlu Buat?
Dah buat semakan bayaran Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Kalau belum, anda boleh membuat semakan sekarang kerana pembayaran telah dibuat mulai 26 Oktober 2021.
Bagi yang telah membuat semakan tetapi bayaran adalah secara TUNAI, apa yang perlu dilakukan oleh penerima?
Kalau nak tahu, anda boleh ikuti perkongsian ini untuk dapatkan bayaran BKP secara tunai. Jangan susah hati lagi ya!
TARIKH SEMAKAN & BAYARAN BKP
Isi Kandungan
Mungkin sudah ada yang tahu bahawa semakan dan bayaran BKP boleh dibuat mulai:
- 26 Oktober 2021
Dengar-dengar katanya dah ada yang telah tunaikan bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Macam mana nak tunaikan bayaran BKP di kaunter BSN?
DOKUMEN PERLU DIBAWA
Sebelum nak pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk penunaian bayaran bantuan BKP, anda wajib membawa dokumen ini:
- Kad pengenalan
Jangan lupa bawa tau! Nanti tak boleh ambil duit BKP pula.
Bagi penerima yang mewakilkan orang lain mengambil wang bayaran BKP,
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKP.
IKUT SOP
Pastikan anda semua mengikuti SOP yang telah ditetapkan ketika menunaikan bayaran BKP seperti berikut:
- Penjarakan fizikal sejauh 1 meter
- Wajib memakai pelitup muka
- Membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.
Anda juga boleh merujuk notis yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengenai cara menunaikan wang bayaran BKP bagi penerima tunai seperti dibawah.
Baca juga: Anda Dapat Tak RM500 One-Off Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Semak Guna Nombor IC Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai cara tunaikan bayaran BKP, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN disaluran berikut:
- 1 300 88 1900
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.