Anda Dapat Tak RM500 One-Off Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Semak Guna Nombor IC Disini

Rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akan menerima Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) sudah boleh membuat semakan mulai 26 Oktober 2021.

Anda semua boleh membuat semakan pada pautan yang dikongsikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan memasukkan nombor kad pengenalan/MyKad sahaja.

Juga difahamkan mereka yang mendapat Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) akan mendapat bayaran sebanyak RM500 secara one-off.

TARIKH SEMAKAN BANTUAN KEHILANGAN PEKERJAAN (BKP)

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu yang hilang pendapatan boleh membuat semakan dan bakal menerima bayaran mulai:

  • 26 Oktober 2021

“Bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Penerima BKP akan menerima bayaran bantuan sebanyak:

  • RM500 secara one-off
Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia

Baca juga: Tarikh Bayaran i-Sinar & i-Citra Bulan November. Bayaran Secara Berperingkat Ke Akuan Penerima

KAEDAH PEMBERIAN BKP

Kaedah pemberian BKP kepada individu yang kehilanga pekerjaan serta sumber pendapatan adalah berdasarkan:

  • Data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), atau;
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

CARA SEMAKAN BKP

Untuk membuat semakan pula, anda hanya perlu klik puatan dibawah:

Anda Dapat Tak RM500 One-Off Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Semak Guna Nombor IC Disini

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda, klik ikon search disebelah.

Anda Dapat Tak RM500 One-Off Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Semak Guna Nombor IC Disini

  • Kemudian masukkan nombor captcha dan klik anak panah disebelah.

Anda Dapat Tak RM500 One-Off Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP)? Semak Guna Nombor IC Disini

  • Keputusan semakan akan dipaparkan.

KAEDAH PEMBAYARAN

Terdapat 2 kaedah pembayaran akan dilakukan kepada penerima iaitu:

1. Pengkreditan Ke Akaun Bank

  • Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR/BKC/GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR/BKC/GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Anda dah check belum? Jika anda merupakan penerima BKP, manfaatkan bantuan yang diberikan dan semoga bantuan ini membantu anda semua serta mengurangkan beban kewangan anda sekeluarga.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila dapatkan di: https://bkp.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQPEMULIH-

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.