Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Berapa Mukasurat Kah Resume Ideal?

2,156

Resume yang ringkas dan padat sebanyak satu mukasurat sering dikatakan resume yang sangat baik. Namun, untuk menjadikan resume sebanyak satu muka surat sahaja bukanlah perkara yang mudah kerana terdapat banyak maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam resume anda.

Jika tahu caranya, ia adalah satu perkara yang mudah bagi anda. Jika anda mempunyai resume yang lebih daripada satu mukasurat, itu bukanlah satu kesalahan. Pastikan ia berkualiti dengan maklumat yang penting, ayat yang mudah difahami dan senang dibaca.

Mari kita lihat perkongsian ini mengenai mukasurat resume yang ideal untuk anda.

Resume Lebih Satu Mukasurat

Resume satu muka surat adalah resume yang sangat baik dan ideal jika anda boleh memasukkan semua maklumat di dalamnya. Tetapi jika anda mempunyai banyak pengalaman dan menyebabkan resume menjadi lebih daripada satu muka surat, ianya bukanlah satu kesalahan. Ia tetap boleh diterima oleh bakal majikan anda.

resume 4

Lebih Ringkas, Lebih Baik

Masukkan maklumat yang bersesuaian dengan jawatan yang anda pohon supaya ianya menjadi lebih ringkas dan padat.

Hal ini kerana bakal majikan hanya mempunyai masa yang singkat untuk membaca dan membuat keputusan sama ada resume anda sesuai atau tidak.

Gunakan kreativiti anda untuk meringkaskan resume anda tanpa meninggalkan maklumat penting.

Cara Meringkaskan Resume

Berikut adalah beberapa cara untuk anda meringkaskan resume anda :

  • Gunakan bullet point untuk memasukkan senarai pengalaman kerja dan pastikan pengalaman kerja yang dimasukkan sesuai dengan jawatan yang dipohon.
  • Elakkan menggunakan kata sendi yang keterlaluan seperti “itu”, “bagaimanapun”, “dengan”, “daripada” atau “seperti”.
  • Ringkaskan ayat tetapi pastikan ianya mudah difahami.
  • Tidak memasukkan pengalaman kerja yang tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Masukkan kata kunci yang sesuai dan padan dengan jawatan yang dipohon dan masukkan kemahiran yang bersesuaian.

iv2

Kandungan Terlalu Panjang

Sekiranya resume anda menjadi sehingga dua muka surat, pastikan anda menyusun maklumat dengan tersusun.

Semak semula font yang digunakan. Pastikan font tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar dan sebaiknya gunakan font 11 hingga 12. Pastikan resume anda boleh dibaca isi kandungannya.

Jadikan ayat yang digunakan ringkas dan mudah difahami.

Nota : Penemuduga lebih suka membaca muka surat pertama berbanding muka surat terakhir kerana mukasurat terdapat banyak maklumat penting yang dicari oleh majikan.

Tiada Masalah Jika Resume Lebih Muka Surat

Bukanlah satu kesalahan besar sekiranya resume anda menjadi dua atau lebih mukasurat. Asalkan semua muka surat mengandungi maklumat penting yang diperlukan oleh majikan.

Dengan menyenaraikan semua pengalaman dan pelbagai kemahiran sehingga resume menjadi terlalu banyak muka surat bukanlah satu petunjuk bahawa anda menjadi calon yang sesuai untuk menjawat jawatan yang dipohon.

Jika anda seorang graduan sekalipun tetapi resume yang disediakan mengandungi maklumat yang menepati kehendak bakal majikan, anda mungkin mendapat jawatan yang dipohon.

Kunci untuk menyediakan resume yang terbaik adalah dengan memastikan ia ringkas, padat, bersesuaian dan mudah dibaca serta difahami.

berjayatemuduga

Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Buat yang terbaik dan jadi seorang yang kreatif untuk menghasilkan resume yang berkualiti.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...