Bersara Atas Faktor Kesihatan Sebelum Umur 55 Tahun? Waris Layak Atau Tidak Terima Pencen Terbitan? Ini Jawapannya

Ramai penjawat awam telah dibersarakan atas faktor kesihatan sebelum umur mencapai 55 tahun sebelum berpencen.

Ramai yang tertanya-tanya adakah waris layak menerima pencen terbitan sekiranya penjawat awam tersebut meninggal dunia sebelum umur 55 tahun mengikut kelayakan pencen.

Jangan risau, ini jawapannya yang anda perlu tahu.

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

JADUAL TARIKH BAYARAN PENCEN 2021

Berikut adalah jadual lengkap tarikh bayaran pencen tahun 2021 setiap bulan untuk rujukan anda:

Jadual Lengkap Tarikh Bayaran Pencen 2021 Pesara Kerajaan Setiap Bulan

SOALAN BERDASARKAN SITUASI

Antara contoh soalan adalah seperti berikut:

SITUASI

Saya telah dibersarakan atas sebab kesihatan pada tahun lepas 2020 di usia 45 tahun. Keadaan saya semakin uzur. Apa² boleh terjadi kepada saya. Tanggungan saya ramai.

Soalan

  • Kalau saya meninggal dunia sebelum usia 55 tahun, adakah isteri dan anak-anak saya yang masih bersekolah layak menerima Pencen Terbitan?

Jawapan

  • Ya, semestinya boleh dipertimbangkan untuk menerima Pencen Terbitan tuan.

Soalan

  • Adakah mereka perlu tunggu pada tahun seolah-olah saya hidup mencapai usia 55 tahun iaitu pada tahun 2030, baru mereka layak Pencen Terbitan?

Jawapan

  • Waris tuan yang layak, seperti isteri tuan dan anak-anak yang usianya di bawah 21 tahun akan layak menerima Pencen Terbitan sehari selepas tarikh kematian. Tidak perlu pun mereka tunggu pada tahun 2030.

DOKUMEN SOKONGAN

Oleh itu, pastikan dokumen untuk proses permohonan mestilah lengkap seperti berikut:

  • Kenyataan Perkhidmatan/Cuti.
  • Borang maklumat pesara. – JPA.BP.SPPP.B01
  • Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang – JPA.BP.UMUM.B01
  • Notis pelepasan/pengasingan caruman kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan. – JPA.BP.SPPP.B04
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata KWSP 1036
  • Ulasan Ketua Jabatan jika pegawai tidak bersetuju untuk dibersarakan.

Selain itu, pastikan sijil nikah atau sijil daftar nikah anda betul dan disimpan dengan baik ya!

Rujuk: Sijil Nikah & Sijil Daftar Kahwin Penting Untuk Proses Pencen Terbitan. Kalau Sayang Pasangan, Simpan Sijil Ini Baik-Baik!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan pencen terbitan serta perkara yang berkaitan di :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.