Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 Secara Online

2,042

Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun 2021 boleh membuat permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang telah dibuka secara online.

Baca juga: Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

Anda boleh membuat permohonan secara online sahaja mulai 1 Mac 2021 nanti dan buat semakan bidang pendidikan yang layak membuat permohonan melalui perkongsian ini nanti.

TARIKH MULA PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh mula permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ialah:

  • 1 Mac 2021 /Isnin/5 petang – 31 Mac 2021/Rabu/5 petang

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

Syarat untuk membuat permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2020 (tahun permohonan).
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon.
  • Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
  • Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.
  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON

Antara bidang pendidikan yang layak memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ialah:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazan/Dusun
  • Sejarah
  • Geografi
  • Tahfiz
  • Dini
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Kaunseling
  • Kesetiausahaan Pentadbiran
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri
  • Teknologi Pemprosesan Kayu & Kemasan
  • Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
  • Seni Visual
  • Seni Kulinari
  • Fesyen & Pembuatan Pakaian
  • Kosmetologi
  • Pelancongan
  • Pemasaran

Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 Secara Online

Nota: Terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan dan pelajar universiti awam sahaja.

CARA MOHON BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)

Langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Klik https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
  • Klik PERMOHONAN BARU dan masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan.
  • Masukkan maklumat dengan betul dan tepat agar permohonan anda tidak ditolak.
  • Setelah siap, muat turun SLIP PENGESAHAN PENGHANTARAN PERMOHONAN sebagai bukti permohonan telah dihantar.
Nota: Bawa borang permohonan, sijil dan dokumen yang diperlukan semasa temuduga.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), sila hubungi pegawai berikut:

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03-8321 7149
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman : 03-8321 7159
  • Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah : 03-8321 7157
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
  • Puan Nor Hazren binti Che Hassan : 03-8321 7138
  • Puan Siti Hajar binti Othman : 03-8321 7154
  • E-mel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...