Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini
Pelajar Tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dipelawa untuk memohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS yang dibuka oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Permohonan adalah secara online melalui portal Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah dan anda yang berminat boleh membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu.
Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara membuat permohonan melalui artikel yang dikongsikan ini.
INFO RINGKAS BIASISWA PELAJAR UNISHAMS
Isi Kandungan
Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah Hasil Kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak seperti berikut:
- Fakir
- Miskin
- Muallaf
- Amil
- Al Gharimin
- Al Riqab
- Fisabilillah
- Ibnusabil
TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS
Tarikh buka dan tutup permohonan Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah seperti berikut:
- Tarikh buka: 17 Mei 2021
- Tarikh tutup: 30 Jun 2021
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk permohonan Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah mengikut peringkat pengajian:
DIPLOMA
- Kuota pelajar sebanyak 20 orang sahaja.
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun).
- Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.
- Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi
kemasukan UniSHAMS. - Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).
IJAZAH SARJANA MUDA (SEMUA BIDANG PENGAJIAN)
- Kuota pelajar sebanyak 70 orang sahaja.
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun).
- Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.
- Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan
pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM. - Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.
- Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).
CARA MENGISI PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS
Sekiranya berminat, isi permohonan anda secara online melalui Portal Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah di pautan:
- Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang anda daftarkan.
- Klik LOG MASUK dan buat permohonan anda.
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
- Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
- Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT
Baca juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajar UniSHAMS sila dapatkan di:
- Bahagian Pendidikan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Menara Zakat
Jalan Teluk Wan Jah
05200, Alor Setar
Kedah Darul Aman. - Telefon : 047331740
- Email : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.