Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021. Mohon Secara Online

2,549

Yayasan Terengganu telah membuka tawaran untuk permohonan Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu untuk tahun 2021 sehingga tarikh tutup permohonan pada 18 April 2021 ini.

Jadi, para pelajar rakyat negeri Terengganu yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera secara online sahaja.

Bagi pelajar negeri Kelantan pula, anda boleh memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK yang berada dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Rujuk: Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Untuk Pelajar IPTA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BIASISWA/PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

Permohonan bagi Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu ini akan ditutup pada:

  • 18 April 2021

BIASISWA & PINJAMAN YANG DITAWARKAN

Antara biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan ialah:

  • Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021
  • Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun 2021
  • Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat Tahun 2021

BIDANG PENGAJIAN & INSTITUSI PENGAJIAN

Antara bidang pengajian dan institusi pengajian yang ditawarkan untuk memohon biasiswa dan pinjaman ialah:

Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)

  • Pelbagai bidang
  • Ditawarkan di IPTA dalam negara

Biasiswa Program Profesional ACCA

  • Bidang ACCA
  • Ditawarkan di UiTM/Kolej INTEC, Shah Alam

Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat

  • Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
  • Ditawarkan di World Islamic Sciences & Education (WISE) University, Amman, Jordan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA/PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

SYARAT UMUM

Antara syarat umum yang ditetapkan ialah:

1. Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021 & Biasiswa Program Profesional ACCA

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil
  • Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
    Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.

2. Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat

  • Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi telah menetap selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon/ibu/bapa/penjaga mengundi di Terengganu.
  • Mod pengajian adalah pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  • Keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).

SYARAT KHUSUS

Permohonan untuk Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu pula:

1. Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021 & Biasiswa Program Profesional ACCA

Program Sarjana

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
  2. Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  3. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  4. Pemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
  5. Bagi pemohon yang dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

Program PhD

  1. Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau CGPA 3.50 (Mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).
  2. Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
  3. Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
  4. Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
  5. Pemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
  6. Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.

2. Biasiswa Program Profesional ACCA

Lepasan Ijazah

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
  2. Berumur tidak lebih dari 28 tahun (sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa).
  3. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 9 kertas dari pihak ACCA.

Lepasan Certified Accounting Tehnician (CAT)/Matrikulasi JPPro

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
  2. Pemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
  3. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

Lepasan Diploma Perakaunan

  1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
  2. Pemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
  3. Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.

3. Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat

  1. Pemohon telah khatam hafazan Al-Qur’an 30 Juzuk.
  2. Pemohon telah mendapat tawaran dan mendaftar di WISE University.
  3. Pemohon memiliki Surat Tawaran/Sijil Sokongan Luar Negara (No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021

CARA MEMOHON BIASISWA/PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

Untuk membuat permohonan Biasiswa dan Pinjaman Yayasan Terengganu, ianya adalah secara online di pautan yang disediakan dibawah. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut untuk membuat permohonan anda:

Cara Mohon Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021. Mohon Secara Online

  • Klik DAFTAR AKAUN.
  • Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik DAFTAR.
  • Log masuk semula untuk pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  • Pilih biasiswa atau pinjaman pelajar yang sesuai.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  • Hantarkan permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Terengganu di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...