Semak Cara Mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 JPA Disini. Mohon Sebelum 9 April 2021
Anda ingin membuat permohonan biasiswa untuk pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)? Anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Anda boleh membuat permohonan secara online bermula pada 15 Mac 2021 dan dapatkan cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Tahun 2021
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Tarikh permohonan untuk iasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) ialah:
- 15 Mac hingga 9 April 2021
SYARAT PERMOHONAN BYDPA 2021
Terdapat 2 jenis syarat iaitu:
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.
SYARAT KHUSUS
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
- Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga. Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalangan mereka yang:
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan.
- Menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya.
- Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN MERANGKUMI PELBAGAI BIDANG PENGAJIAN
SENARAI UNIVERSITI TERKEMUKA DUNIA MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN
SENARAI PERINCIAN BIDANG SAINS & TEKNOLOGI
PANDUAN MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN / PENGAJIAN UNTUK PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2021
CARA MOHON BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)
Permohonan adalah secara online, sila klik:
- Klik DAFTAR di halaman utama ePermohonan.
- Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit.
- Isikan maklumat dengan betul dan lengkap.
- Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 April 2021 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan/pos ke alamat berikut:Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
BORANG PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)
Anda boleh dapatkan borang permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2021 sila hubungi JPA di:
- Telefon: 03 –8885 3879/3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi –5.00 petang)
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.