Tahniah buat penjawat awam di negeri Sarawak kerana bakal menerima ‘durian runtuh’ apabila diberi insentif khas sebanyak:
- Sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2,000 yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.
Malah, penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak juga bakal menikmati insentif khas tersebut di mana akan menerima bayaran sebanyak:
- RM500 secara ‘one-off’ pada suku pertama tahun depan.
KERAJAAN SARAWAK HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM
Isi Kandungan
Khabar gembira itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, hari ini.
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai:
- Sumbangan, pengorbanan dan komitmen penjawat awam negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional ketika berdepan situasi yang mencabar sekarang.
“Pentadbiran saya menyedari sokongan dan sumbangan Perkhidmatan Awam Sarawak di bawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar kami, menyampaikan program dan projek pembangunan serta perkhidmatan awam kepada rakyat.
“Banyak proses dan prosedur urusan dipermudahkan untuk kepentingan rakyat.”
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg
HARAPAN RAKYAT DIPENUHI
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg gembira dengan pencapaian Perkhidmatan Awam Sarawak yang memainkan peranan dalam memastikan kebanyakan projek dilaksanakan dengan baik dan dilaksanakan tepat pada waktunya seperti Projek Rakyat dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
Perkhidmatan Awam Sarawak dapat memenuhi peluang untuk memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat, walaupun pada masa yang mencabar seperti tahun ini.
TERIMA KASIH FRONTLINER
Ketika wabak Covid-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang lain juga bekerja tanpa penat untuk melindungi rakyat.
Abang Johari berkata, beliau bersyukur kerana komitmen tinggi semua penjawat awam itu, wabak Covid-19 dapat dikawal dengan baik ke tahap yang terkawal
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.