Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Miliki Rumah Idaman Secara Ansuran Percuma Sehingga Setahun Melalui Booster Shot Gamuda Land. Jom Semak Apa Syaratnya!

2,789

Sebut Gamuda Land pastinya semua orang sudah tahu apa kan? Gamuda Land merupakan salah satu syarikat pemaju hartanah sangat terkenal di Malaysia kerana kediaman yang direka sangat menarik dan menepati citarasa rakyat Malaysia.

Untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, Gamuda Land emperkenalkan kempen Booster Shot yang merangkumi pelbagai penyelesaian bantuan kewangan dan insentif untuk pembeli.

Kempen Booster Shot itu membolehkan pembeli berpotensi untuk membuat acuan sendiri dalam pakej hartanah, dengan mencampur dan memadankan insentif tersedia mengikut kehendak individu.

Baca juga: Serendah RM280, Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) & BIMB

KEMPEN BOOSTER SHOT GAMUDA LAND

Kempen Booster Shot turut merangkumi:

  • Pakej berperabot dan memorandum pindah milik (MoT)
  • Perjanjian jual beli (SPA)
  • Yuran guaman pinjaman rumah secara percuma bersempena dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC).
  • Pakej sewa-untuk-milik (RTO) untuk unit terpilih menerusi Home Convert, kerjasama dengan program HouzKEY daripada Maybank.

Jadi, di bawah skim ini, pembeli rumah boleh berpindah masuk ke hartanah Gamuda Land serta merta, dengan diberi pilihan untuk membeli unit berkenaan pada harga yang telah ditetapkan sebelumnya selepas lima tahun.

TAWARAN BENTUK BANTUAN

Terdapat 2 jenis bentuan bantuan kewangan yang ditawarkan melalui Home Convert iaitu:

  • Home Assist: Bayaran pinjaman rumah tanpa faedah selama lima tahun untuk sehingga 20 peratus daripada harga hartanah.
  • Home Extend: Bayaran ansuran pinjaman rumah percuma untuk setahun.

Bantuan kewangan yang disediakan ini boleh dipilih mengikut kehendak peribadi pembeli rumah masing-masing.

Sebagai tambahan, mereka boleh memilih di antara pakej berperabot atau yuran MoT percuma dalam perjanjian itu.

BAUCAR ELEKTRIK & PERABOT GL HOME EZY

50 pembeli pertama yang menandatangani SPA di bawah kempen ini , bakal menerima:

  • Baucar elektrik atau perabot bernilai RM3000 mengikut terma dan syarat.

Miliki Rumah Idaman Secara Ansuran Percuma Sehingga Setahun Melalui Booster Shot Gamuda Land. Jom Semak Apa Syaratnya!

TINJAUAN HARTANAH SECARA VIRTUAL

Anda boleh membuat tinjauan hartanah yang dibangunkan oleh Gamuda Land secara virtual melalui:

Malahan anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan mengenai kempen Booster Shot dan hartanah di Gamuda Land dengan pegawai perunding hartanah secara live.

Miliki Rumah Idaman Secara Ansuran Percuma Sehingga Setahun Melalui Booster Shot Gamuda Land. Jom Semak Apa Syaratnya!

Jika berminat, terus buat tempahan dan jangan tunggu lama-lama ye!

PROJEK PERUMAHAN GAMUDA LAND

Antara projek perumahan yang tersedia untuk anda ialah:

  • Gamuda Cove
  • Gamuda Gardens
  • Twentyfive.7
  • Jade Hills
  • HighPark Suites
  • The Robertson dan Kundang Estates di Lembah Klang
  • Horizon Hills di Johor
  • Bukit Bantayan Residences di Kota Kinabalu.

Baca juga: Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku

INFO LANJUT

Dapatkan info selanjutnya mengenai Bosster Shot Gamuda Land di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...