Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Minat Kerja Sukarelawan? Dapatkan Borang Sukarelawan JKM Disini Untuk Permohonan

1,564

Ada dikalangan masyarakat kita yang berminat dengan kerja-kerja sukarelawan kerana ia adalah satu hobi atau budaya yang sihat bersama komuniti.

Ada sukarelawan yang bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Separuh Kerajaan dan Kerajaan untuk membantu semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Bagi anda yang berminat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat, boleh dapatkan borang permohonan disini.

SUKARELAWAN JKM

Bagi anda yang belum tahu mengenai Sukarelawan JKM, ia adalah salah satu usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menggalakkan orang ramai terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan.

Malah, melalui Sukarelawan JKM juga, ia akan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.

SYARAT PERMOHONAN SUKARELAWAN JKM

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Sukarelawan JKM, dapatkan dahulu terma pemilihan seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat
  • Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa
  • Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada
  • Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas
  • Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa bertanggungjawab

Baca juga: Cara Mohon Sukarelawan Skuad Pihatin Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat, Daftar Secara Online Sahaja

CARA MOHON SUKARELAWAN JKM

Dapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan pada pautan dibawah:

  • BORANG SUKARELAWAN JKM
  • Lekatkan gambar berukuran pasport dan lengkapkan permohonan anda.
  • Hantar permohonan anda yang telah lengkap ke Pejabat JKM yang terdekat dengan anda.

PENGLIBATAN AKTIVITI

Sukarelawan JKM akan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di pelbagai peringkat dan institusi seperti berikut:

Perkhidmatan Sokongan Sosial, Bimbingan & Kaunseling

  • Mengadakan khidmat kaunseling secara individu atau berkumpulan bagi sukarelawan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan.

Khidmat Pemulihan dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Akademik

  • Mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO (kanak-kanak, warga emas dan OKU).

Program Keagamaan, Sukan, Kebudayaan & Kesenian

  • Mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas tajwid, sambutan hari-hari kebesaran

Penempatan Pekerjaan

  • Membantu mencari peluang pekerjaan kepada OKU, Pelatih Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak

Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

  • Menyediakan makanan dan minuman;
  • Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya)
  • Menjadi rakan berbual
  • Menjalankan aktiviti riadah
  • Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran

Pengurusan Bencana

  • Membantu pihak JKM mendaftarkan mangsa bencana di pusat-pusat pemindahan
  • Membantu Jawatankuasa Bencana memindahkan mangsa bencana ke pusat-pusat pemindahan

Baca juga: Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) Jabatan Kemajuan Masyarakat Untuk Warga Emas & Orang Kurang Upaya (OKU). Ini Senarai Aktiviti

Minat Kerja Sukarelawan? Dapatkan Borang Sukarelawan JKM Disini Untuk Permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Berminat? Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Sukarelawan JKM dengan menghubungi:

  • Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan JKM
  • 03 – 8000 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...