Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

43,828

Bayaran BPN  2.0 fasa pertama telah pun selesai dibuat pada 19 Oktober yang lalu dan wang bantuan dimasukkan ke akaun bank penerima masing-masing. Sekarang, penerima menunggu Bayaran BPN 2.0 yang dikatakan akan dimulakan bayaran pada 21 Januari 2021.

Bayaran BPN 2.0 fasa kedua ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan menerusi laman Facebook rasmi beliau pada 24 November yang lalu dan wang tersebut akan dimasukkan ke akau penerima masing-masing seperti pembayaran fasa pertama yang lalu.

TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran untuk BPN 2.0 Fasa Kedua akan dilakukan kepada penerima bermula:

  • 21 Januari 2021: Bagi penerima kategori B40
  • 25 Januari 2021: Bagi penerima kategori M40

Nota: Pembayaran BPN Fasa 2 akan dimasukkan selepas selesai pembayaran pengeluaran iSinar pada pertengahan bulan ini.

JUMLAH BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini, baki jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke akaun penerima ialah:

KATEGORI JUMLAH FASA 1 FASA 2
ISI RUMAH B40 RM1,000 RM700 RM300
BUJANG B40 RM500 RM350 RM150
ISI RUMAH M40 RM600 RM400 RM200
BUJANG M40 RM300 RM200 RM100

Bagi permohonan baru BPN 2.0 atau rayuan BPN 2.0 yang dilakukan pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 dan lulus, anda akan menerima bayaran secara one-off.

Jumlah bayaran yang diterima ialah:

KATEGORI JUMLAH
ISI RUMAH B40 RM1,000
BUJANG B40 RM500
ISI RUMAH M40 RM600
BUJANG M40 RM300

BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Kaedah pembayaran yang akan dilakukan ialah:

  • Dibuat secara terus ke akaun berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pembayaran secara tunai bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank.
  • Penerima BPN 2.0 di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran pada tarikh dan tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
  • BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
  • Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

TARIKH SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0

Semakan kelulusan bagi permohonan rayuan dan permohonan baharu boleh dibuat mulai:

  • 15 Januari 2021.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Klik pautan berikut: BPN HASIL
  • Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search disebelah.
  • Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
  • Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.

Juga buat semakan kelayakan mengikut kategori isi rumah / bujang bagi BPR 2021 disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...