Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kenapa Duit BR1M Anda Tak Masuk Akaun?

0 2,401

Ramai penerima BR1M keliru kenapa duit Bantuan Rakyat 1Malaysia masih tidak dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Disebabkan itu, ramai yang khuatir beratur panjang di kaunter-kaunter pertanyaan bank, malah ada yang terus ke pejabat LHDN untuk mengetahui kenapa BR1M mereka belum masuk akaun.

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa BR1M belum masuk akaun penerima. Antara punca yang menyebabkan duit BR1M tidak masuk akaun atau masih belum masuk akaun adalah seperti berikut:

  1. Tidak membuat kemaskini maklumat akaun dalam e-BR1M
  2. Tidak layak kerana gaji melebihi syarat kelayakan setelah semakan terkini dilakukan
  3. Mengemukakan maklumat palsu ketika memohon BR1M
  4. Pemohon tidak layak untuk menerima BR1M

Jika 4 sebab di atas ada kaitan dengan diri anda sebagai pemohon BR1M maka ada kemungkinan besar duit BR1M tidak akan dikreditkan kedalam akaun anda. Walaupun anda telah menerima BR1M sebelum ini.

Ramai Terlupa Untuk Kemaskini Maklumat BR1M

Dan antara banyak faktor dan sebab yang disenaraikan di atas, faktor pertama adalah antara penyebab utama kenapa BR1M masih belum masuk ke akaun bank penerima.

Pendaftaran dan rayuan BR1M dilakukan secara online menerusi sistem. Apabila sistem online diguna-pakai, maka perkara yang harus diutamakan adalah untuk sentiasa kemaskini data di dalam sistem. Ramai penerima BR1M sebelum ini tidak sedar akan perkara ini.

Jangan Risau Sekiranya Anda Layak Dapat BR1M

Untuk mereka yang disahkan layak untuk menerima BR1M anda tidak perlu merasa risau ini kerana pembayaran BR1M 2018 sedang dilakukan secara berperingkat. Akan tiba giliran anda nanti.

Semak Sekali Lagi Status BR1M Anda

Untuk memastikan anda betul-betul layak terima BR1M, sila buat semakan terlebih dahulu di portal e-BR1M di sini – Semak Status Terima BR1M.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...