Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa Golongan OKU, Pembiayaan Sehingga RM50,000. Ansuran Bulanan Termasuk Moratorium Selama 6 Bulan!

2,824

Tahukah anda bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan Skim Mikro Kredit kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan?

Skim Mikro Kredit BSN yang ditawarkan kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) ialah BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa dan permohonan boleh dibuat secara online sahaja.

Bagaimana pula dengan kelayakan permohonan? Semak disini dan buat permohonan pembiayaan perniagaan anda dengan segera sekiranya memerlukan.

INFO RINGKAS SKIM MIKRO KREDIT BSN MICRO/iPEMERKASA ISTIMEWA

BSN Micro PEMERKASA ISTIMEWA ialah:

  • Satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

Baca juga: 10 Jenis Senarai Bantuan PKP 3.0 Yang Disediakan & Masih Boleh Dimohon Sehingga Kini. Semak & Mohon Sebelum Terlambat

SYARAT KELAYAKAN

BSN telah menetapkan syarat kelayakan untuk permohonan pembiayaan Skim Mikro Kredit BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa seperti berikut:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen penting berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Kad OKU
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Gambar BSN

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dan klik pautan berikut:

Cara Mohon BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa Golongan OKU, Pembiayaan Sehingga RM50,000. Ansuran Bulanan Termasuk Moratorium Selama 6 Bulan!

  • Klik sini untuk panduan permohonan secara online.

Baca juga: 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA Ditawarkan BSN Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid-19. Mohon Jika Perniagaan Anda Terjejas!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat. lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Mikro Kredit PEMERKASA, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...