Buat Ini Dalam 10 Hari Terakhir Ramadhan, Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling dinantikan oleh semua Muslim bila tibanya Ramadan. Adakah anda ingin mendapatkan Lailatul Qadar? Hanya insan yang bertuah sahaja dapat bertemu dengannya.

Jika ingin mendapatkan malam Lailatul Qadar, usaha dan ibadah perlu ditingkatkan terutamanya di 10 malam terakhir ini sebagaimana yang telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW.

tanda lq

Amalan Sepanjang 10 Malam Terakhir

Amalan sepanjang 10 malam terakhir adalah seperti berikut:

1. Bangun di Malam Hari

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan malam Lailatul Qadar, bangunlah di malam hari dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW :

”Barang siapa yang melakukan solat Isyak berjemaah, seolah-olah ia berqiyam (bangun malam) di separuh malam. Dan barang siapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah ia melakukan di sepanjang malam tersebut.”

(Hadis Riwayat Ahmad Muslim)

solat tahajud

2. Memperbanyakan Ibadat

Sepanjang bulan Ramadan ini berebutlah dengan membuat ibadah bersungguh-sungguh seperti mengerjakan solat lima waktu berjemaah, mendirikan Qiyamul Lail (solat terawih, tahajjud, solat taubat, solat hajat), membaca Al Quran, khatam Al Quran, berzikir, istighfar dan berdoa serta banyakkan bersedekah. Lakukan segala ibadah ini dengan khusyuk, ikhlas dan bersungguh-sungguh bagaikan tiada lagi hari esok buat kita.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW :

“Barang siapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan berbagai amal ibadah secara yakin dan percaya kepada pahala yang disediakan Allah dan dengan secara ikhlas, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

 

3. Iktikaf Di Masjid

Anda juga digalakkan untuk beriktikaf di masjid utuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.

Abu Said menceritakan tentang iktikaf Rasulullah di masjid yang ketika itu berlantaikan tanah dan tergenang air :

“Aku melihat pada kening Rasulullah ada bekas lumpur pada pagi hari Ramadhan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

iktikaf dimasjid

4. Bemujahadah Dalam Ibadah

Lakukan ibadah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keberkatan dan kemuliaan malam Lailatul Qadar.

Hadis Riwayat Muslim menyatakan:

”Sungguh, Rasul tercinta pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan, lebih bermujahadah melebihi kesungguhan beliau di waktu lainnya”

Nota : Bermujahadah disini di analogikan seperti berpuasa tanpa melakukan maksiat, membaca Al-Quran dengan pemahaman, penghayatan dan melakukan ibadat sunat.

baca quran

5. Berdoa Sepenuh Hati

Berdoalah sepenuh hati, bersungguh-sungguh dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa kita serta mengabulkan doa yang kita panjatkan.

“Wahai Rasulullah, Bagaimana menurutmu andai aku mendapatkan Lailatul Qadar? Doa apa saja yang harus aku baca?” Tanya Aisyah

Rasulullah SAW bersabda, “Ucapkanlah, Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia, dan Engkau menyukai ampunan. Maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi)

doa

Doa Malam Lailatul Qadar

Jika anda mendapat tanda-tanda malam Lailatul Qadar, digalakkan untuk membacakan doa berikut :

doa malam lailatulqadar

Doa tersebut berdasarkan riwayat hadis Ibnu Majah.

Doa di atas telah dicadangkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh isterinya Aisyah r.a. mengenai apa yang harus dikatakan jika mengetahui bahawa malam itu adalah Lailatul Qadar.

iktikaf 1

Sebagai muslim yang patuh dengan suruhan-Nya, berlumba-lumbalah dalam mengerjakan ibadah terutamanya di bulan Ramadan agar menjadi manusia yang beruntung dengan mendapat malam Lailatul Qadar, malam teragung lebih baik dari 1000 malam.

Semoga bermanfaat.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.