Bagaimana Nak Buka Akaun KWSP Jika Bekerja Sendiri?

Bekerja sendiri dan ingin mempunyai akaun KWSP? Jika ya, anda boleh mempunyai akaun KWSP tanpa perlu menunggu tempoh masa yang panjang. Ini kerana semuanya boleh dilakukan dalam tempoh masa yang cepat dan mudah. Malah, anda boleh memilih jumlah yang anda ingin carumkan sendiri.

Jadi, jangan jadikan alasan bahawa anda bekerja sendiri tidak boleh membuat caruman serta simpanan untuk masa hadapan dengan KWSP.

Seperti yang termaktub dalam Akta KWSP 1991, caruman KWSP tidak dihadkan kepada individu yang bekerja dan mereka yang diwajibkan di bawah akta tersebut.

3 JENIS CARUMAN WANG KWSP SECARA SUKARELA

Terdapat 3 jenis caruman wang KWSP secara sukarela yang anda perlu tahu iaitu :

  • i-Saraan
  • Skim Caruman Pilihan Sendiri
  • Caruman Penambah Simpanan

Untuk pengetahuan anda, caruman yang terbaik untuk anda yang bekerja sendiri ialah Caruman i-Saraan. Jadi, jom kita lihat syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan serta cara membuat permohonan untuk caruman i-Saraan.

i-SARAAN

Melalui i-Saraan, anda akan mendapat 15% daripada jumlah caruman tunai atau RM250 (maksimum) daripada pihak kerajaan.

Bagaimana Nak Buka Akaun KWSP Jika Bekerja Sendiri?

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar i-Saraan iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Orang yang bekerja sendiri.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan dengan Borang KWSP 16G(M).
  • Ahli KWSP.

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk mendaftar i-Saraan ini, anda perlu lampirkan dokumen seperti berikut :

  • MyKad.
  • Bayaran melalui cek, wang tunai dan secara online.
  • Borang i-Saraan : KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama).
  • Borang i-Saraan : KWSP 6A (2) semasa bayaran.

HAD BAYARAN

  • Tiada had bayaran minimum tidak kira sama ada RM10, RM50 dan RM100.
  • Had bayaran maksimum pula RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela.

SALURAN PEMBAYARAN

Rujuk carta dibawah untuk cara membuat pembayaran caruman KWSP anda.

Bagaimana Nak Buka Akaun KWSP Jika Bekerja Sendiri?

NOTA TAMBAHAN

  • Jika sebelum ini anda sudah mempunyai i-Akaun, tidak perlu buat i-Akaun baru.
  • Pastikan 2 bulan sebelum pendaftaran i-Saraan, tiada sebarang caruman dari pihak majikan.

INFO SELANJUTNYA

Jika anda mempunyai pertanyaan dan ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai skim i-Saraan, anda boleh hubungi :

  • Portal Rasmi KWSP
  • Telefon : 03-89226000
  • Faks : 03-89226222
  • Enquiry
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.