Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Beri Bantuan Sara Hidup Kepada Rakyat Terjejas [Cadangan Belanjawan 2021]

2,229

Pada 6 November 2020 nanti Belanjawan 2021 bakal dibentangkan oleh YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan. Jadi terdapat pelbagai andaian serta cadangan yang dikemukakan untuk Belanjawan 2021 dan kebanyakannya lebih terarah untuk kesejahteraan rakyat.

Seperti sedia maklum, Belanjawan 2021 menumpukan pada empat tema iaitu :

  • Menjaga kebajikan rakyat
  • Memacu pertumbuhan ekonomi
  • Melestarikan kehidupan
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

Beri Bantuan Sara Hidup Kepada Rakyat Terjejas [Cadangan Belanjawan 2021]

Semua tema Belanjawan 2021 ini bertujuan menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi pentadbir yang lebih mantap.

BANTUAN SARA HIDUP KEPADA RAKYAT TERJEJAS

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan mengakibatkan sebilangan rakyat yang terjejas pendapatan, cadangan agar Bantuan Sara Hidup diteruskan dengan jumlah antara RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan. Malahan Bantuan Sara Hidup ini menjadi penyelamat rakyat terutamanya golongan B40.

KELUHAN RAKYAT

Pihak mereka juga mendapat banyak keluhan daripada rakyat terutamanya yang tinggal di ibu kota yang memerlukan bantuan daripada pihak kerjaan. Keluhan yang didapati ialah :

  • Mahu pinjam wang dari Ah Long
  • Tidak mampu membayar sewa rumah
  • Diberhentikan kerja
  • Ikat perut demi kelangsungan hidup
  • Hilang sumber penapatan

PERTIMBANGAN CADANGAN PENGELUARAN WANG TUNAI AKAUN 1 KWSP

Untuk memastikan golongan B40 dapat meneruskan kehidupan pada masa akan datang, pihak kerajaan diminta untuk mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000.

CADANGAN-CADANGAN LAIN

Selain daripada cadangan pengeluaran wang KWSP Akaun 1, juga dicadangkan perkara-perkara berikut dalam Belanjawan 2021 :

  • Untuk membantu golongan pelajar di IPT pula dicadangkan agar pelajar-pelajar ini diberikan pengecualian yuran.
  • Bagi golongan peniaga kecil pula mereka perlu dibantu dengan pemberian dana sebanyak RM3,000 untuk perniagaan baharu.
  • Penurunan sewa bulanan bagi pengusaha yang menyewa ruang di gedung atau pasar raya selain memberikan lesen sementara bagi peniaga yang berniaga di jalanan agi tempoh 6 bulan.

TARIKH PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021

Pembentangan Belanjawan 2021 dijadualkan pada :

  • Tarikh : 6 November 2021
  • Jam : 4 petang
  • Hari : Jumaat

Disiarkan secara langsung di saluran radio dan televisyen utama Malaysia.

Beri Bantuan Sara Hidup Kepada Rakyat Terjejas [Cadangan Belanjawan 2021]

Diharap Belanjawan 2021 ini benar-benar membantu rakyat terutamanya yang terjejas pendapatan serta membantu pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19. Semoga tahun 2021 bersinar semula seperti sedia kala.

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...