Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perkhidmatan Bas Percuma Di Putrajaya Bermula November Ini

1,035

Wah! Perkhidmatan bas percuma buat warga Putrajaya. Untuk makluman anda semua, Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) telah memperkenalkan perlhidmatan bas percuma ini bermula 1 November.

Sejumlah 40 bas percuma disediakan kepada warga Malaysia sebagai satu inisiatif bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kemudahan bas percuma ini membabitkan semua laluan bas Nadi Putra di bawah kendalian Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tour Sdn Bhd (PAPTT) yang membabitkan 12 laluan di sekitar Putrajaya.

PERKHIDMATAN BAS PERCUMA PUTRAJAYA

Perkhidmatan bas percuma Putrajaya ini akan bermula dengan 10 buah bas dan akan ditambah secara berperingkat.

Untuk mendapatkan perkhidmatan bas percuma Putrajaya pengguna perlu mendaftar bagi mendapatkan kad percuma.

  • Warganegara : Percuma
  • Warga asing : RM1.50 / setiap perjalanan

Perkhidmatan Bas Percuma Di Putrajaya Bermula November Ini

TINGKATKAN AKTIVITI PELANCONGAN

Dengan adanya perkhidmatan bas percuma ini, sekurangnya ia dapat meningkatkan aktiviti pelancongan domestik di pusat pentadbiran kerajaan dan mampu memulihkan ekonomi negara secara tidak langsung.

LALUAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA

Antara laluan perkhidmatan bas percuma ini :

  • Bermula Kompleks E (T500) melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
  • Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E)
  • Persiaran Perdana (Presint 2 dan 3)
  • Dataran Gemilang Presint 4

MASA LALUAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA PUTRAJAYA

MASA LALUAN UTAMA

Kekerapan bagi laluan utama adalah setiap 5 minit pada waktu puncak bermula :

  • Jam 630 pagi sehingga 9 pagi
  • Jam 4 petang sehingga 640 petang

Pergerakan bas pula adalah :

  • Setiap 10 minit pada bukan waktu puncak.
  • 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

MASA LALUAN KAWASAN PERUMAHAN

Perkhidmatan bas percuma ini juga melalui 11 laluan kawasan perumahan, komersil dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4.

Kekerapan bagi laluan ini adalah :

  • Setiap 15 minit pada waktu puncak.
  • 20 minit pada waktu bukan puncak.
  • 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

Para penduduk Putrajaya digalakkan untuk membuat pendaftaran untuk bas percuma dimana buat masa kini hanya 4,000 pengguna yang sudah mendaftar dan berpeluang menggunakan perkhidmatan bas percuma untuk ke tempat kerja serta urusan seharian.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...