Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Cakna Suri Siri 1 2020. Download Borang Permohonan Disini

4,199

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam dan skim tersebut ialah SKIM CAKNA SURI.

Apa itu Skim Cakna Suri?

Skim ini diwujudkan khusus untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

TARIKH PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP SKIM CAKNA SURI

Tarikh untuk pemohon mengisi borang Skim Cakna Suri ialah :

Tarikh Permohonan

  • 3 November 2020 (Selasa)

Tarikh Tutup 

  • 24 Disember 2020 (Khamis)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan dan semak syaratnya terlebih dahulu :

  • Suri rumah sepenuh masa
  • Berumur 54 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  • Menetap di negeri Kelantan
  • Pendapatan Isi Rumah RM1500

HAD JUMLAH PENERIMA DAN SUMBANGAN

Had jumlah sumbangan ini terhad kepada :

  • 150 orang suri rumah di setiap DUN
  • Bantuan sebanyak RM100 (One -Off)

BORANG PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI

Dapatkan borang permohonan disini dan isi dengan segera.

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Skim Cakna Suri, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di :

  • Telefon : 013-983 6915

Skim Cakna Suri Siri 1 2020. Download Borang Permohonan Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...