Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tiada Bonus, Benarkan Penjawat Awam Keluarkan Simpanan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

1,912

Ura-ura cadangan mengeluarkan wang KWSP dari Akaun 1 masih lagi menjadi perdebatan kerana terdapat pihak yang bersetuju agar wang tersebut dikeluarkan untuk membantu pencarum yang berada dalam keadaan yang terdesak akibat masalah tiada pekerjaan dan punca pendapatan untuk menyara keluarga. Terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju kerana menganggap wang caruman adalah simpanan hari tua para pencarum sekiranya sudah tidak bekerja lagi pada masa akan datang.

Jika KWSP ibarat penyambung hidup para pekerja swasta, bagaimana pula dengan nasib pekerja yang berada dalam sektor awam pula? Ini kerana pekerja awam tidak mempunyai caruman KWSP seperti mana pekerja swasta. Jika pekerja sektor awam tidak menerima sebarang bonus pada hujung tahun nanti, bagaimanakah caranya pihak kerajaan akan membantu pekerja awam ini?

Menurut Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Pelaksanaan Sektor Awam, Datuk Azih Muda berharap agar penjawat awam dapat mengeluarkan simpanan dari Kumpulan Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam Belanjawan 2021 nanti.

HAD JUMLAH PENGELUARAN

Sekiranya dibenarkan, pengeluaran daripada KWAP perlu dihadkan dengan jumlah seperti berikut :

  • 10% hingga 20% daripada KWAP

Ia adalah bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat-penjawat awam yang berada dalam kategori B40 dan M40.

Tiada Bonus, Benarkan Penjawat Awam Keluarkan Simpanan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

BANTUAN TUNAI

Sekurang-kurangnya pengeluaran Kumpulan Persaraan Diperbadankan (KWAP) ini dapat membantu penjawat awam yang berpendapatan rendah dengan memberikan bantuan tunai kepada mereka.

Ini kerana sebelum pandemik Covid-19, kebanyakan penjawat awam melakukan dua hingga tiga pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka.

Antara pekerjaan yang dilakukan ialah :

  • Pemandu teksi
  • Berniaga kecil-kecilan
  • Penghantar barang / makanan

PENDAPATAN TERJEJAS

Penjawat awam ini terpaksa melakukan lebih dari 1 pekerjaan kerana perlu mencari duit lebih memandangkan gaji sektor awam kecil untuk menampung ekonomi keluarga.

Apabila berlakunya pandemik Covid-19, pendapatan sampingan mereka telah terjejas terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar.

BONUS SEBULAN GAJI

Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Pelaksanaan Sektor Awam, Datuk Azih Muda juga menyatakan bahawa sekiranya cadangan pengeluaran wang dari KWAP tidak dapat pertimbangan daripada Kerajaan, beliau meminta agar penjawat awam diberikan bonus sebulan gaji dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diteruskan lagi pada tahun hadapan.

HARAPAN BELANJAWAN 2021

Diharap Belanjawan 2021 ini memberi harapan yang tinggi kepada rakyat dan tiada lagi golongan yang tersisih untuk menerima pelbagai faedah daripada pihak Kerajaan.

“Bukan sahaja 800,000 penganggur tetapi peniaga yang terjejas teruk dan hampir bankrap serta isi rumah hilang mata pencarian dan pendapatan turut menantikan khabar baik.

“Disebabkan itu, besar harapan saya kerajaan mempertimbangkan semua keperluan rakyat tanpa meminggirkan sesiapa pun dalam Belanjawan 2021 ini.”

Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Pelaksanaan Sektor Awam, Datuk Azih

Selain itu, diharap juga agar sistem capaian Internet ditingkatkan agar membolehkan rakyat menjalani norma baharu ketika berdepan dengan Covid-19 terutamanya mereka yang perlu bekerja dari rumah (BDR) dan pelajar yang perlu belajar dari rumah secara online.

Sekurang-kurangnya pekerja boleh bekerja secara produktif dan pelajar boleh belajar dengan selesa sekiranya capaian internet lebih memuaskan berbanding sebelum ini.

Akhir sekali, semua rakyat perlu mematuhi semua arahan SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dengan membeli belah secara online sahaja dan mengurangkan sentuhan secara fizikal sekaligus mengelakkan daripada merebaknya Covid-19.

Diharap Belanjawan 2021 ini menjadi pemangkin kepada peningkatan akses internet buat seluruh rakyat Malaysia.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...