Isu RFID di lorong tol PLUS masih lagi belum selesai kerana ia menyebabkan kesesakan lalulintas yang agak lama dan panjang akibat masalah yang sedang berlaku ketika ini.
Antara masalah utama yang berkaitan dengan RFID ialah, tidak dapat dikesan, RFID rosak dan tidak dipasang dengan betul. Tetapi jangan bimbang, kad TnG dan Smart Tag masih boleh digunakan di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.
Tetapi apa yang perlu dilakukan oleh pemilik RFID sekiranya ingin menukar kereta yang baharu?
PLUS GANTI RFID ROSAK SECARA PERCUMA
Isi Kandungan
Menurut PLUS, mereka akan menggantikan RFID yang rosak secara percuma sahaja!
Selain itu, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.
“Kita ada orang ‘standby’ dengan peranti ‘hand held’ (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat ‘detect’, kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk ‘check’ RFID. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat ‘detect’, kita akan beri RFID ‘tag’ baharu secara percuma.”
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid
2 CARA BATALKAN RFID
Kalau anda nak tukar kereta yang baharu, mestilah RFID yang dipasang perlu dibatalkan, bukan?
Terdapat 2 cara untuk batalkan RFID sekiranya anda ingin menukar kereta yang baharu. Cara-caranya ialah:
1. ONLINE
- Untuk membatalkan RFID secara online, anda perlu log masuk ke portal RFID berikut, https://rfid.touchngo.com.my/login? untuk permintaan penamatan tag TNG RFID. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Log masuk akaun portal RFID anda.
- Masukkan emel dan kata laluan
- Pilih butiran kenderaan anda
- Klik pada butang ‘Actions’
- Pilih ‘Terminate Tag’
2. CARELINE
- Kaedah yang kedua, anda boleh hubungi TnG Careline di talian 03-27148888.
- Ikuti arahan dan tekan #4 untuk urusan RFID.
- Kemudian nyatakan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan terlibat serta baki dalam eWallet.
- RFID anda yang lama telah dibatalkan.
- Daftar tag RFID baru untuk kenderaan anda yang baharu.
Jadi, anda perlu membeli RFID yang lama dan diganti dengan tag baru yang juga perlu didaftarkan semula dalam sistem.
GANTI RUGI RFID
Jika kereta dicuri atau rosak, bolehkah tuntut ganti rugi atau pasang semula secara percuma?
- Pelekat RFID akan rosak apabila cermin kereta pecah/berderai, dan baki eWallet kekal selamat. Sepanjang fasa pilot, bayaran penukaran pelekat ditanggung TnG.
Kalau dipasang diluar kereta, selamatkah RFID daripada dicuri?
- Pelekat RFID tidak boleh dikopek atau ditanggalkan dengan mudah daripada lampu utama atau cermin depan, dan jika dilakukan juga, pelekat akan rosak. Jadi, baki eWallet selamat daripada disalah guna.
Nak beli RFID dan pasang sendiri? Klik sini untuk pembelian ya!
Dapatkan tutorial untuk pasang RFID sendiri disini ya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.