Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

6,157

Tular dimedia sosial yang menunjukkan barang yang dipos melalui syarikat penghantaran dikendalikan dengan tidak betul sehingga menimbulkan kemarahan oorang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk penghantaran barang kepada pelanggan masing-masing.

Sekiranya barang yang diterima dalam keadaan tidak baik, apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan? Adakah penjual perlu disalahkan sekiranya perkara ini berlaku?

Oleh itu, mari dapatkan sedikit ilmu mengenai cara untuk membuat aduan dan claim barang rosak yang diterima selepas penghantaran melalui perkongsian ini.

CARA MEMBUAT ADUAN & CLAIM BARANG ROSAK / PECAH

Untuk membuat aduan dan claim barang pecah atau rosak, anda perlu mengikut terma da syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak J&T iaitu:

  • Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam. Terlepas 48 jam ini, J&T ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat)
  • Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

  • Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis. Jadi kalau kalian adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

  • Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

  • Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Ambil gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

  • Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya. Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.

Cara Buat Aduan & Claim Dengan J&T Jika Terima Barang Rosak Atau Pecah

Jadi disini, barang yang mudah pecah perlu dibalut dengan elok serta isytiharkan  jenis serta berat barangan dengan betul.
Namun, jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan J&T dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak.

CONTOH CLAIM BARANG PECAH ATAU ROSAK

Anda boleh lihat contoh yang dikongsikan ini untuk lebih jelas:

CONTOH 1

“Harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.”

CONTOH 2

“Sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.”

PERBEZAAN HARGA TUNTUTAN CLAIM

Harga untuk tuntutan caim juga berbeza iaitu:

  • Jika penghantaran adalah domestik lebih 2.01kg, maksimum boleh diclaim adalah  RM300.
  • Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.

Baca juga: Terkini: Tarikh Bayaran iSinar Kategori 2

PENGENDALIAN MENGIKUT SOP

Jika mengikut terma dan syarat oleh J&T pula, mereka perlu mengendalikan barang yang dihantar oleh pelanggan dengan baik serta mengikut SOP.

Tetapi jika pengendalian barang adalah mengikut terma dan SOP namun barang tetap rosak ia adalah tidak disengajakan.

Untuk lebih jelas, anda boleh layari: https://www.jtexpress.my/faqdetails.php?faq_id=40

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi J&T di saluran berikut:

SUMBER 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...