Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Contoh Resume Satu Mukasurat | Biar Ringkas Tapi Padat

5,777

Jika anda menulis resume, pastikan ianya tidak melebihi daripada satu muka surat. Ini adalah kerana bakal majikan anda hanya membaca sekali lalu sahaja resume yang ada pada mereka. Mereka perlu menjimatkan masa untuk membaca setiap resume yang telah dihantar.

Adakah dengan menyiapkan resume sebanyak satu muka surat sahaja sudah mencukupi? Bagaimanakah untuk menjadikan resume tersebut ringkas tetapi padat dengan maklumat yang diperlukan?

Ikuti tips dan contoh terkini untuk memudahkan anda.

resume writing

Cara Menulis Resume Satu Muka Surat

Berikut adalah beberapa maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam resume anda :

  • Masukkan maklumat peribadi
  • Masukkan pengalaman kerja yang berkaitan sahaja
  • Senarai kemahiran dalam satu baris
  • Gabungkan pengalaman kerja
  • Masukkan senarai pendidikan yang berkaitan sahaja
  • Tidak memasukkan rujukan
  • Gunakan angka dan bukan ejaan
  • Gunakan singkatan yang sesuai
  • Edit perkataan yang tidak perlu
  • Kecilkan margin
  • Kecilkan saiz font
  • Gunakan format bullet dan bukannya perenggan
  • Gunakan format lain
  • Simpan dan hantar dalam bentuk PDF

1. Masukkan maklumat peribadi 

Masukkan maklumat peribadi anda seperti :

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Emel
  • Alamat

Pastikan anda meletakkan semua maklumat diatas dengan betul dan telah dikemaskini untuk memudahkan bakal majikan menghubungi anda.

2. Masukkan pengalaman kerja yang berkaitan sahaja

Masukkan dua atau tiga pengalaman kerja terkini dan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja. Nyatakan dengan ringkas mengenai :

  • Nama syarikat
  • Jawatan
  • Tarikh bekerja
  • Tugasan anda

3. Senarai kemahiran dalam satu baris

Senaraikan kemahiran anda di dalam satu baris. Gunakan ayat yang ringkas untuk setiap kemahiran yang anda senaraikan. Ini akan menjimatkan ruang resme dan memudahkan bakal majikan membaca kemahiran yang anda tawarkan kepada mereka.

4. Gabungkan pengalaman kerja

Anda mungkin pernah bekerja di tiga syarikat yang menjalankan tugas yang sama. Oleh kerana pengalaman kerja sangat penting, gabungkan ketiga-tiga syarikat tersebut menjadi satu bahagian dalam resume anda. Senaraikan semua tugas yang berkaitan yang anda lakukan. Sekiranya anda memegang jawatan yang berbeza, nyatakan kedudukan anda yang tertinggi sahaja.

5. Masukkan senarai pendidikan yang berkaitan sahaja

Tanyakan pada diri anda sama ada bakal majikan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai senarai pendidikan anda dan adakah ianya berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Senaraikan sekiranya ianya penting untuk anda. Anda juga boleh senaraikan seperti berikut :

Institusi Tahun Sijil Gred
Universiti / Kolej / Institut Kemahiran 2017 Ijazah / Diploma / Sijil Kemahiran CGPA : 3.9
Sekolah 2013 STPM 5P
Sekolah 2012 SPM 11A


6. Tidak memasukkan rujukan

Anda boleh membuat pilihan untuk tidak memasukkan rujukan anda. Sekiranya diminta oleh bakal majikan barulah anda berikan rujukan kepada mereka. Selain daripada rujukan, anda juga tidak perlu memasukkan senarai hobi dan minat ke dalam resume anda untuk menjimatkan ruang. Sekiranya penemuduga berminat untk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hobi dan minat anda, mereka akan terus bertanya kepada anda ketika sesi temuduga dijalankan.

7. Gunakan digit dan bukan ejaan

Jimatkan ruang dengan menggunakan digit bagi setiap nombor yang digunakan. Ianya sesuai sekiranya anda menyatakan statistik di dalam resume dan ianya merupakan satu tarikan visual untuk pembaca.

number

8. Gunakan singkatan yang sesuai

Gunakan singkatan perkataan tertentu yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Contohnya, jika anda memohon jawatan dalam bidang teknologi, anda boleh memasukkan singkatan seperti SQL, SaaS dan SEO tanpa merasa perlu untuk menjelaskannya semula di dalam resume.

9. Edit perkataan yang tidak perlu

Periksa resume dan lihat sekiranya terdapat perkataan dan frasa yang tidak perlu. Mungkin anda boleh mengganti frasa tiga perkataan dengan satu perkataan, atau kata panjang untuk yang lebih pendek. Sebagai contoh, ‘Tanggungjawab harian saya adalah termasuk’  tukarkan kepada ‘Tugas harian adalah’.

10. Kecilkan margin

Resume anda mempunyai margin sebanyak satu inci. Untuk itu, cuba kurangkan sehingga setengah inci untuk memaksimumkan ruang. Sekiranya margin satu inci lebih baik, biarkan sahaja.

11. Kecilkan saiz font

Sekiranya anda menggunakan Times New Roman atau font standard yang serupa, settingkan kepada saiz 12.Sekiranya anda memerlukan lebih banyak ruang pada resume, cuba kecilkan font menjadi saiz 11.5 atau 11. Gunakan huruf besar untuk tajuk sahaja. Saiz font jangan terlalu kecil kerana ia sukar untuk dibaca.

12. Gunakan format bullet dan bukannya perenggan

Gunakan frasa kata yang penting, gunakan bullet point untuk ayat yang ringkas dan padat. Elakkan penggunaan perenggan. Contoh :

Kemahiran Teknikal :

  • Adobe
  • PDF
  • Grafik

bullet point

13. Gunakan format lain

Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menjadikan resume anda satu muka surat sahaja seperti :

  • Setting ruang perenggan dan bullet point
  • Kecilkan ukuran ruang antara perenggan dan bahagian
  • Buat kolum kecil di sebelah kanan halaman di mana anda boleh menyenaraikan kemahiran dan maklumat peribadi

14. Simpan dan hantar dalam bentuk PDF

Simpan dan hantar resume anda dalam bentuk PDF. Ini akan menjimatkan ruang malahan membantu bakal majikan membaca resume anda dengan mudah dan tanpa gangguan.

Tips ini akan membantu anda membuat resume sebanyak satu muka surat sahaja yang mengandungi semua maklumat secara ringkas dan padat.

Contoh Resume Satu Muka Surat

Berikut adalah contoh resume untuk rujukan anda.

contoh resume

resume contohresume contoh 1

Resume merupakan satu ringkasan maklumat anda. Jadi ringkas dan padatkan dengan maklumat anda di dalam satu muka surat sahaja dan ia pasti menarik perhatian majikan anda. Pastikan anda menggunakan kata kunci yang sepadan dengan kehendak majikan.

Diharap perkongsian ini membantu anda membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan dalam menyiapkan resume yang terbaik. Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...