Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Siapkan 5 Benda Ni Sebelum Anda Hantar Resume Kepada Syarikat Mohon Kerja

603

Kalau mencari pekerjaan tu, biarlah ada tatatertib dan adabnya ya! Ini kerana ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang profesional ketika memohon pekerjaan.

Tambahan pula ketika anda memohon pekerjaan melalui emel sahaja. Pastikan anda membuat persediaan dengan betul kerana first impression sangat penting.

Anda boleh membuat senarai semak 5 persiapan yang perlu anda lakukan sebelum menghantar resume kepada Human Resource atau kepada wakil syarikat untuk memohon pekerjaan.

5 PERSEDIAAN WAJIB DILAKUKAN SEBELUM HANTAR RESUME

Antara persediaan yang anda perlu lakukan ialah:

1. Cover Letter & Resume

  • Check semula resume dan cover letter anda.
  • Pastikan tiada salah ejaan pada setiap ayat.
  • Letakkan perkara yang utama pada cover letter dan resume anda.

2. Portfolio

  • Walaupun pihak HR atau bakal majikan tidak minta portfolio anda, apa salahnya anda berikan kepada mereka.
  • Ia membolehkan pihak HR atau bakal majikan lebih mengetahui apakah pengalaman serta kelebihan yang ada pada anda.
  • Susun portfolio anda dengan menarik kerana first impression sangat penting untuk menarik perhatian HR.
  • Pastikan ia kena mengena dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon dengan anda.

3. Sijil Ikhtisas

  • Scan sijil-sijil seminar, bengkel dan webinar yang anda sertai untuk dihantar kepada HR.
  • Jangan hantar semua sijil kepada HR. Pilih sijil-sijil yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Jangan main letak saja pulak!

4. Sijil Pendidikan

  • Sijil pendidikan yang tertinggi atau yang terkini boleh dilampirkan bersama untuk rujukan HR.
  • Sijil-sijil yang boleh anda lampirkan bersama cover letter dan resume anda ialah, Ijazah, Diploma atau sijil pendidikan yang berkaitan.

5. Salinan Kad Pengenalan

  • Anda boleh selitkan bersama salinan kad pengenalan anda bersama cover letter dan resume ketika dihantar kepada HR.
  • Jangan lupa untuk meletakkan palang pada salinan kad pengenalan sekiranya anda hantar bersama dokumen-dokumen yang lain.

Selepas ini, anda boleh dah buat persiapan ini sebelum hantar resume dan cover letter permohonan kerja.

JANGAN BUAT 4 KESALAHAN COVER LETTER

Nak tahu tak, kadangkala kita terlepas beberapa perkara yang wajib diletakkan ketika menyediakan cover letter permohonan kerja.

Apakah 4 kesalahan yang nampak kecil tetapi sebenarnya wajib diletakkan di dalam cover letter?

1. Tak Letak Nama Syarikat

  • Selalu pencari kerja akan membuat cover letter tetapi terlupa untuk meletakkan nama syarikat tetapi letak pula nama dan jenis jawatan yang dipohon.
  • Selepas ini, update resume anda dan masukkan nama syarikat bersama jawatan yang dipohon.
  • Contoh: Kerani Logistik di ABC Sdn Bhd

2. Pengenalan Diri

  • Jangan sesekali memperkenalkan diri anda pada perenggan pertama. Kebiasaan yang dilakukan oleh pemohon kerja adalah dengan memperkenalkan diri terlalu awal di perenggan pertama.
  • Jadi, apa yang perlu dimasukkan pada perenggan pertama? Sebaliknya berikan sebab tujuan mengapa anda menghantar cover letter kepada HR dan bakal majikan.
  • Contohnya: Tujuan saya menghantar cover letter ini adalah untuk memohon jawatan sebagai Kerani Logistik di syarikat BAC Sdn Bhd.

Untuk info yang seterusnya, sila klik pautan dibawah dan pastikan anda buat semakan dahulu sebelum hantar cover letter anda ya!

Manakala resume pula, resume jenis moden atau jenis klasik yang sesuai digunakan untuk dihantar kepada HR?

Rujuk disini untuk dapatkan penjelasan dan pilih resume jenis apa sesuai untuk anda gunakan nanti.

Resume Modern VS Resume Classic, Mana Yang Lebih Baik?

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...