Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar MAE Maybank, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

2,599

Siapa disini lebih selesa menggunakan e-wallet untuk membuat pembayaran ketika membeli barang? Anda boleh menggunakan MAE Maybank yang menjadikan urusan anda lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.

Mengapa ianya menyeronokkan? Ini adalah kerana MAE Maybank ini merupakan e-wallet yang lengkap dengan pelbagai ciri unik dan menarik buat anda untuk menguruskan hal kewangan harian.

Apa? Tiada akaun Maybank pun boleh guna? Jadi memang benar aplikasi ini sangat menyeronokkan anda untuk menggunakannya.

Jom dapatkan maklumat lanjut mengenai MAE Maybank melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS MAE MAYBANK

Apa itu MAE Maybank? Ia adalah singkatan daripada MAYBANK ANYTIME, EVERYONE iaitu bank digital yang boleh dibawa ke mana sahaja.

Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank pula boleh menggunakan MAE ini seperti e-wallet  Touch n Go, Boost dan GrabPay.

CARA DAFTAR MAE MAYBANK

Untuk mendaftar MAE Maybank, anda perlu:

  • Download MAE Maybank di : ANDROID / iOS
  • Seterusnya buka aplikasi tersebut dan login akaun online banking Maybank jika ada.
  • Klik SAY HELLO TO MAE kemudian klik pada EXPERIENCE MAE NOW.
  • Seterusnya itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code jika ada.
  • Tambah nilai Maybank E-Wallet minima RM10 untuk pengaktifan.
  • Klik SAVINS ACCOUNT dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik OK.
  • Klik PROCEED dan klik sekali lagi CONFIRM & PAY.
  • Akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan.
  • Klik MY DASHBOARD untuk kemaskini setting dan terokai pelbagai kemudahan yang sedia ada.

KEMUDAHAN MAE MAYBANK

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh MAE Maybank ini ialah:

PEMBAYARAN MENERUSI QR PAY

Pembayaran melalui QR Pay sangat memudahkan anda tetapi anda perlu aktifkan QR PAY MAE Maybank terlebih dahulu seperti berikut:

  • Anda perlu klik pada logo M di bahagian bawah sebelah kanan
  • Pilih akaun bank atau kad kredit untuk cara pembayaran QRPAY
  • Tekan AGREE & PROCEED
  • Tetapkan had penggunaan (limit) untuk QRPAY

Cara Daftar MAE Maybank, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI QR PAY MAE MAYBANK

  • Pilih MONEY OUT
  • Pilih PAY WITH QR
  • Imbas QR code
  • Masukkan nilai yang ingin di bayar
  • Transaksi akan diproses
  • Siap.

MENJEJAK PENGGUNAAN WANG

Anda boleh menjejak penggunaan wang anda pada bahagian EXPENSES.

Ini kerana semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu:

  1. Financial
  2. Food & Beverage
  3. Other Expenses
  4. Home & Property
  5. Transportation
  6. Medical
  7. Services
  8. Entertainment

Setiap kategori ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perbelanjaan wang anda.

Menariknya, anda juga boleh menambahkan transaksi tunai melalui aplikasi ini.

KONGSI JUMLAH BAYARAN DENGAN RAKAN / SPLIT BILL

Anda juga boleh membuat:

  • Pembahagian bil
  • Meminta dan menghantar wang kepada mereka
  • Berkongsi segala butiran melalui Whatsapp, Telegram, Messenger dan sebagainya.

Rakan-rakan dan keluarga anda diberikan masa selama 30 hari untuk melakukan pembayaran pembahagian tersebut kepada anda.

CARA GUNA SPLIT BILL MAE MAYBANK

  • Klik pada MONEY IN
  • Pilih SPLIT BILL
  • Pilih teman yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.
  • Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata(equally) atau berasingan (separately).
  • Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.

TABUNG SIMPANAN

Melalui TABUNG SIMPANAN anda boleh menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai jumlah yang anda inginkan.

2 jenis ‘TABUNG SIMPANAN yang disediakan ialah:

  • Individu
  • Kumpulan

CARA BUAT TABUNG MAE MAYBANK

  • Pergi di bahagian MORE.
  • Cipta TABUNG dan pilih kategori yang anda ingin seperti  TRAVEL, ROADTAX dan sebagainya.
  • Kemudian pilih tarikh anda akan mula menabung dan tempoh tabung anda penuh.
  • Amaun RM sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda akan dikira secara automatik.
  • Kemudian anda juga akan diberi pilihan sama ada hendak menyimpan dalam tabung sendiri atau menabung dengan orang lain.
  • Pilih akaun untuk auto-deduct.
NOTA: Wang dalam tabung ini boleh dikeluarkan seperti biasa jika anda ingin gunakan untuk kecemasan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai MAE Maybank di laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...