Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama JAWI Secara Online Untuk Sesi Tahun 2022

4,437

Ibu bapa atau penjaga yang ingin daftarkan anak-anak ke Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekituan Kuala Lumpur (JAWI) sudah boleh membuat pendaftaran secara online.

Pendaftaran bagi Sesi Tahun 2022 sudah boleh dilakukan secara online bermula 9 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021 dan anda perlu membuat pendaftaran dengan segera sebelum tarikh permohonan ditutup.

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Secara Online

Seterusnya dapatakan syarat serta cara membuat permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Islam JAWI bagi Sesi Tahun 2022 secara online disini.

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SRA JAWI SESI 2022 SECARA ONLINE

Tarikh permohonan pendaftaran secara telah bermula pada:

  • 9 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SRA JAWI SESI 2022 SECARA MANUAL

Bagi permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara manual pula:

  • 9 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021
  • Bertempat di pejabat sekolah
  • Bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 4.00 petang

CARA MOHON PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SRA JAWI SESI 2022 ONLINE

Untuk membuat permohonan pendaftaran, ibu bapa atau penjaga perlu dapatkan QR Code terlebih dahulu sebelum mengisi borang. Dapatkan QR Code di:

  • Facebook JAWI
  • Facebook SRA JAWI
  • Sekolah yang dipohon
  • Banner iklan

Cara Daftar Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama JAWI Secara Online Untuk Sesi Tahun 2022

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SRA JAWI SESI 2022

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 SRA JAWI Sesi 2022 bermula:

  • 21 Mei 2021

Pihak sekolah akan mengeluarkan keputusan permohonan pendaftaran melalui emel yang telah didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga.

PENGESAHAN PENDAFTARAN

Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran di pejabat sekolah dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan sijil lahir anak (1 salinan)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga (1 salinan)
  • Salinan surat nikah/surat cerai ibu bapa
  • Salinan bil utiliti (Elektrik, air sebagai bukti tempat tinggal)
  • Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan)
  • 3 keping gambar anak berukuran pasport

Tarikh pengesahan adalah: 1 Jun hingga 18 Jun 2021

LAMPIRAN PROSES PERMOHONAN PENDAFTARAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SRA JAWI SESI 2022

Cara Daftar Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama JAWI Secara Online Untuk Sesi Tahun 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Islam JAWI bagi Sesi Tahun 2022, sila hubungi:

  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
    Kompleks Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50676 Kuala Lumpur
  • Telefon: 03-22749333
  • Faks: 03-22731575
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...