Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020

MyBSN Online Banking 2020

Semua bank di seluruh Malaysia telah menyediakan platform perbankan secara online. Tidak ketinggalan juga dengan Bank Simpanan Nasional yang menyediakan platform perbankan secara online iaitu MyBSN.

Pendaftaran internet banking adalah langkah pertama yang mesti dilakukan oleh setiap pelanggan agar dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Jadi disini dikongsikan cara-cara untuk anda membuat pendaftaran untuk kali pertama dan seterusnya login akaun anda.

Cara Mendaftar

  • Buka laman web rasmi myBSN. Halaman ini adalah halaman rasmi yang disediakan oleh BSN untuk pelanggan yang melakukan internet banking. https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do
  • Jika anda mendaftar buat kali pertama, pilih menu register First Time Registration.
  • Paparan terma & syarat . Periksa sebagai tanda bersetuju dengan terma dan syarat oleh pihak BSN.

terms

  • Klik pada butang ‘Accept’.
  • Masukkan nombor kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.

daftar1

 

  • Data seterusnya yang perlu diisi adalah maklumat peribadi, dalam bentuk Kad Pengenalan (untuk warganegara Malaysia) dan nombor pasport bagi bukan warganegara Malaysia dengan memilih ‘Military IC/ Passport Number’
  • Masukkan username, password, Kod OTP serta online image anda.
  • Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.

Nota : Kod OTP ini biasanya diperoleh apabila nombor telefon anda sudah terdaftar di bank BSN.. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.

Cara Login

Setelah berjaya mendaftar MyBSN, berikut adalah cara-cara untuk login secara online :

1. Masukkan username anda.

2. Buat pengesahan Online Image akaun anda.

3. Masukkan kata laluan atau password yang didaftarkan.

4. Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.

5. Pilih jenis soalan rahsia yang ingin jawab dan masukkan jawapan yang tepat.

6. Anda sudah boleh online dan boleh lihat perkhidmatan yang disediakan di MyBSN online seperti berikut :

  • Fund Transfer
  • Balance Inquiry
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Report Lost/ Stolen Card
  • Prepaid Reload
  • Online Application
  • e-SSP Savings
  • Financing Payment
  • Apply for Credit Card
  • e-Statement Download

Mudah dan cepat. Anda tidak perlu lagi pergi ke bank untuk membuat kiriman wang atau membuat pembayaran bil dan sebagainya lagi.

Semuanya dihujung jari anda sahaja.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda.

Sumber :

  • MyBSN
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.