Pelbagai program telah diaturkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk golongan asnaf yang berdaftar dengan mereka.
Malahan, terdapat 5 jenis program yang diaturkan kepada golongan asnaf untuk diikuti dan istimewanya disini, program yang diaturkan adalah percuma! Jadi, peserta tak perlu membuat apa-apa bayaran ya!
Kalau begitu, macam mana nak daftar? Pendaftarannya sangat mudah kerana semuanya adalah secara online sahaja! Tengok langkah-langkah daftar disini.
TUJUAN 5 PROGRAM PEMBANGUNAN ASNAF ZAKAT SELANGOR
Isi Kandungan
Mengapa Lembaga Zakat Selangor menyediakan Program Pembangunan Asnaf ini?
Tujuannya ialah:
- Meningkatkan potensi golongan asnaf termasuk menjadi usahawan berjaya serta mempunyai pekerjaan stabil.
Bca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon
5 PROGRAM PEMBANGUNAN ASNAF ZAKAT SELANGOR
Jika anda nak tahu, terdapat 5 jenis Program Pembangunan Asnaf yang ditawarkan kepada anda semua iaitu:
- Program Pembangunan Kerohanian Asnaf Fakir Miskin
- Program Pembangunan Muallaf
- Program Pembangunan Usahawan Asnaf
- Program Latihan Kemahiran & Kerjaya
- Program Pembangunan Kerjaya
Anda boleh pilih salah satu daripada program ini dan lengkapkan borang permohonan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Sebelum buat permohonan, baca dahulu syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan ialah:
- Asnaf yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
- Terbuka kepada Ketua keluarga, pasangan dan anak-anak yang berumur 18 tahun keatas.
- Mahir menggunakan alat komunikasi seperti komputer riba, telefon pintar dan lain-lain.
- Mempunyai jaringan jalur lebar (internet) yang baik.
CARA MOHON
Seperti yang dinyatakan tadi, permohonan adalah secara online sahaja. Apa yang anda perlu lakukan?
Untuk membuat permohonan, anda perlu:
- Pilih salah satu daripada program yang ditawarkan.
- Kemudian, lengkapkan permohonan anda dan hantar permohonan anda.
Atau buat imbasan Kod QR pada poster dibawah:
Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor? Sila klik:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.