Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) Calon Baharu & Calon Lama Berdaftar

2,244

Apa itu Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam? Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ingat, peperiksaan yang dijalankan bukan sekadar dijalankan sebelum anda memasuki perkhidmatan awam, tetapi ia juga bertujuan untuk Pengesahan Dalam Perkhidmatan.

Bagi pegawai yang ingin mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan awam, sila buat pendaftaran terlebih dahulu di Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.

TUJUAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan diadakan adalah sebagai memenuhi keperluan
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

AKP dalam skim perkhidmatan tertentu dikehendaki lulus Peperiksaan Perkhidmatan bagi memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

3 MODUL UTAMA SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Terdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:

  • Modul Permohonan
  • Modul Semakan Status Permohonan
  • Modul Semakan Keputusan

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Terdapat 3 sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu:

  • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
  • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Kenaikan Pangkat
  • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

CARA MENDAFTAR MASUK KE SISPPA BAGI CALON BAHARU

Langkah-langkah mendaftaran SISPPA bagi calon baharu ialah:

Cara Daftar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) Calon Baharu & Calon Lama Berdaftar

  • Klik DAFTAR.
  • Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda. Sekiranya tertera mesej TIADA DATA, mohon hubungi pentadbir sistem mellaui emel dengan memberi maklumat yang lengkap iaitu:
    – Nama penuh
    – Nombor kad pengenalan
    – Jawatan

CARA MENDAFTAR MASUK KE SISPPA BAGI CALON LAMA YANG BERDAFTAR

Bgai calon lama yang berdaftar, anda hanya perlu:

Cara Daftar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) Calon Baharu & Calon Lama Berdaftar

  • Klik LOG MASUK.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang sama seperti digunakan pada SISPPA 1.0 tanpa perlu mengisi ruang emel.

Cara Daftar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) Calon Baharu & Calon Lama Berdaftar

  • Sistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan yang baharu. Calon kemudian boleh log masuk dalam sistem semula dengan menggunakan kata laluan yang baharu.

Cara Daftar Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) Calon Baharu & Calon Lama Berdaftar

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai SISPPA sila hubungi:

  • CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI
    BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    Aras 4, Blok E12,Parcel E
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • E-mel: [email protected]
  • Faks: 03-8884 7925
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...