Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Rekod IQ-Nilam Bacaan Murid Menggunakan Laptop & Handphone. Mudah & Cepat

4,554

Jika pembelajaran anak-anak kali ini adalah secara PdPR, maka semua aktiviti perlu direkodkan secara online dan sudah pastinya ibu bapa perlu merekodkan semua perkara yang berkaitan termasuk mengisi data bacaan NILAM ke dalam sistem iaitu sistem IQ-NILAM.

Jika anda tidak mempunyai kepastian cara untuk mengisi data NILAM ke dalam sistem IQ-NILAM, teruskan bacaan anda kerana perkongsian ini akan berkongsi cara untuk anda mengisi data bacaan NILAM ke dalam sistem IQ-NILAM melalui laptop dan handphone.

Baca juga:Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Secara Online

Malah, ia sangat mudah kerana anda hanya perlu mengisinya secara online sahaja.

TUJUAN REKOD BACAAN NILAM

Tujuan utama bacaan anak-anak direkodkan ke dalam sistem IQ-NILAM adalah untuk membantu pencapaian mereka dalam PAJSK ke tahap 5 bintang.

Jadi ibu bapa dinasihatkan untuk mendorong anak-anak serta memantau aktiviti membaca anak-anak sepanjang pembelajaran di rumah.

MANFAAT BACAAN NILAI KEPADA MURID

Anak-anak yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang tertinggi akan menerima manfaat seperti berikut:

  • Trofi
  • Hadiah
  • Sijil
  • Terlibat pemilihan Tokoh NILAM (wakil sekolah)

Malahan, Rekod Bacaan NILAM juga akan dinilai dalam Penilaian PAJSK (Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum).

BAHAN BACAAN NILAM

Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber.

Buku

  • Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam, Perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet.

Bahan bukan buku

  • Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku seperti surat khabar, jurnal, majalah, komik, laporan, poster, brosur dan lain-lain.

CARA REKOD BACAAN NILAM MURID GUNA HANDPHONE & LAPTOP

Untuk merekod bacaan NILAM anak-anak, anda hanya perlu:

Cara Rekod IQ-Nilam Bacaan Murid Menggunakan Laptop & Handphone

  • Log masuk dengan ID DELIMA yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
  • Kemudian anda akan melihat BORANG MAKLUMAT BACAAN MURID akan dipaparkan pda skrin.
  • Isikan ruang dengan maklumat seperti MAKLUMAT BAHAN BACAAN, JENIS BAHAN BACAAN dan RUMUSAN.
  • Klik SIMPAN dan JUMLAH BUKU akan ditambah setiap kali anda menyimpan rekod bacaan anak anda.

REKOD BAHAN BACAAN DIGITAL

Jika anak anda membaca buku secara digital, ia juga boleh dimasukkan ke dalam rekod bacaan NILAM dan dapatkan bahan bacaan digital tersebut melalui Portal DELIMA KPM atau di:

Cara Rekod IQ-Nilam Bacaan Murid Menggunakan Laptop & Handphone

CONTOH REKOD BACAAN NILAM

Cara Rekod IQ-Nilam Bacaan Murid Menggunakan Laptop & Handphone

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai sistem IQ-NILAM, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...