Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kira Caruman KWSP & SOCSO Dari Jumlah Gaji Bulanan

0 27,560

Macam mana nak kira kadar carumah KWSP & SOCSO dari total gaji bulanan? Berikut adalah contoh pengiraan sebenar gaji yang akan ditolak bagi caruman tersebut.

Bermula 1 Januari lalu, kadar caruman syer pekerja KWSP kini kembali ke asal iaitu 11% berbanding kadar 8% sebelum ini. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh KWSP pada hujung tahun lalu.

Kadar caruman ini untuk semua pekerja berikut sehingga mereka mencapai usia 60 tahun:

  • pekerja yang merupakan warganegara Malaysia;
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin
    tetap di Malaysia; dan
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum
    sebelum 1 Ogos 1998.

Bagi yang bergaji RM5,000 ke bawah, apabila menerima bonus menjadikan upah yang diterima bagi bulan itu melebihi RM5,000.00, caruman majikan hendaklah dikira pada kadar 13% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya.

Pengenalan Tentang Caruman

Caruman ialah sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja pada setiap bulan.  Caruman ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja 11% dan caruman bahagian majikan 12%.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP.  Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:

  • Tunai
  • Wang pos
  • Cek
  • Perbankan internet
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Caruman KWSP terbahagi kepada 2 akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Bagi akaun 2 pencarum boleh mengeluarkan wang KWSP bagi pembiayaan pendidikan, haji, pembelian rumah dan sebagainya. Bagi akaun 1 pencarum mestilah menunggu sehingga umur yang ditetapkan sama ada 55-60 tahun.

Pastikan anda baca: 17 Jenis Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Sebelum Persaraan (Akaun 2) membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan. Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan (Akaun 1) pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.

Kadar Caruman KWSP 2018

Berikut adalah jadual pengiraan kadar caruman syer pekerja dan majikan KWSP bermula 2018.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

Kadar Caruman SOCSO 2018

Di bawah pula adalah kadar caruman PERKESO atau SOCSO bagi tahun 2018.

PERKESO juga ada menyediakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) iaitu program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim. Melalui program ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Untuk info lanjut layari portal rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...