RM450 Bakal Diterima Oleh Setiap Ibu Yang Melahirkan Anak. Lihat Cara Permohonan Disini
RM450 BAKAL DITERIMA OLEH SETIAP IBU YANG MELAHIRKAN ANAK. LIHAT CARA PERMOHONAN DISINI
Isi Kandungan
Jika anda seorang ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020 atau melahirkan anak bermula pada 1 Januari 2020, anda boleh menerima Bantuan Ibu Bersalian (BIB) sebanyak RM450.
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Untuk permohonan BIB, anda boleh memohon secara online :
- Online melalui pautan ini : PERMOHONAN BIB 2021
- Isikan dahulu emel anda dan klik NEXT untuk proses seterusnya dan isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Dapatkan borang Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK yang berdekatan dengan anda.
Seterusnya, hantarkan borang permohonan anda di :
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk pemohon bagi bantuan BIB :
- Warganegara Malaysia.
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
- Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.
PERINGATAN & MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)
Pemohon juga diingatkan dengan beberapa maklumat tambahan seperti :
- Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
- Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual.
- Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Insentif Ibu Bersalin, sila hubungi Urusetia di saluran berikut :
- Laman web : kwkpk.sarawak.gov.my
- Emel : [email protected]
- Telefon : 082-311340 / 082-311718
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.