Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

Bagi anda yang tidak lulus dalam permohonan pengeluaran iSinar kategori 1 ketika membuat semakan baru-baru ini, anda boleh memuat naik dokumen sokongan bagi kategori 2 seperti yang diperlukan oleh KWSP.

Jadi, anda tidak perlu memohon semula sebaliknya hanya perlu memuat naik dokumen tersebut melalui portal rasmi iSinar sahaja. Tapi ingat, anda boleh muat naik dokumen yang diperlukan bermula 11 Januari nanti ya.

Bagaimana pula jika ingin memohon iSinar Kategori 2 pula? Jangan risau, klik di sini dan dapatkan senarai dokumen sokongan yang anda perlu kemukakan ketika permohonan nanti.

TARIKH PERMOHONAN BARU KATEGORI 2 & TIDAK LULUS KATEGORI 1 MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN

Sekiranya anda pemohon baru untuk pengeluaran iSinar dan ingin muat naik dokumen sekiranya tidak lulus dalam kategori 1, anda boleh berbuat demikian pada tarikh berikut:

  • 11 Januari 2021

Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

CONTOH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan Kategori 2 iSinar dan mereka yang tidak lulus Kategori 1 adalah:

  • Slip gaji
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata bank
  • Notis pemotongan Elaun / OT

Anda juga boleh dapatkan contoh dan senarai dokumen bukti hilang kerja dan pendapatan terjejas di pautan berikut:

TUJUAN SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN iSINAR KATEGORI 2 & TIDAK LULUS KATEGORI 1

Setiap perkara pastinya ada tujuan tertentu. Jadi, dokumen sokongan ini diperlukan untuk permohonan baru kategori 2 dan permohonan kategori 1 yang tidak lulus dengan tujuan:

  • Kelulusan automatik hanya dapat dibuat jika terdapat pengurangan caruman.
  • Jadi, semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan.

Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

CARA MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN iSINAR KATEGORI 2 & TIDAK LULUS KATEGORI 1

Mudah sahaja untuk memuat naik dokumen sokongan iSinar bagi kategori 2 dan tidak lulus kategori 1 iaitu:

  • Melalui SEMAKAN STATUS di portal iSinar bermula 11 Januari 2021.
  • Anda juga boleh mengambil gambar dokumen dengan menggunakan telefon bimbit anda dan gambar terang serta boleh dibaca. Pastikan kamera telefon and betul-betul di atas dokumen yang hendak di imbas.
  • Kemudian pada MAKLUMAT PENDAPATAN SEBELUM PENGURANGAN, masukkan amaun pendapatan dan muat naik fail dokumen sokongan anda iaitu slip gaji sebelum gaji anda berkurangan.

Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

  • Pada MAKLUMAT PENDAPATAN SELEPAS PENGURANGAN pula, masukkan amaun pendapatan dan muat naik fail dokumen sokongan anda iaitu slip gaji selepas gaji anda berkurangan.

  • Skrin akan memaparkan DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERTIMBANGAN pada bahagian ini.

  • Kemudian anda boleh membuat semakan maklumat setelah anda memuat naik fail dokumen dan maklumat gaji anda.
  • Buat pengesahan maklumat dan klik SAYA BUKAN ROBOT.

  • Lihat paparan permohonan anda.

  • Permohonan anda berjaya dihantar seterusnya cetak dan simpan rekod permohonan anda.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Syarat kelayakan untuk permohonan iSinar kategori 2 ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

LANGKAH PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Langkah permohonan iSinar bagi kategori 2 adalah seperti berikut:

Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.