Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan i-Sinar KWSP: Contoh Dokumen Bukti Hilang Kerja, Pendapatan Terjejas

17,952

Tidak lama lagi permohonan i-Sinar KWSP RM10,000 akan dibuka dan pastinya ramai ahli KWSP ingin tahu contoh dokumen sokongan seperti bukti hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas yang akan dikemukakan ketika membuat permohonan nanti.

Ini adalah berikutan pengumuman oleh Menteri Kewangan iaitu pengeluaran wang RM10,000 melalui i-Sinar KWSP diperluaskan kepada 8 juta ahli yang menghadapi masalah kewangan semasa Covid-19.

Jadi, masing-masing ingin ketahui apakah dokumen sokongan boleh disediakan untuk membuat permohonan pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP dan lihat contohnya disini.

PENTINGNYA KEMUKAKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR

Dokumen sokongan i-Sinar KWSP sangat penting ketika membuat permohonan kerana ianya adalah bukti kukuh bahawa ahlinya hilang pekerjaan dan terjejas pendapatannya.

Maka, penyata akaun pengesahan juga perlu dikemukakan terutamanya bagi ahli yang hilang pekerjaan serta bekerja sendiri tanpa slip gaji terutamanya.

Malahan, segala notis yang diterima semasa bekerja sebelum itu juga perlu dikemukakan ketika menghantar permohonan i-Sinar KWSP RM10,000.

Pemohon perlu mengisi beberapa maklumat dalam surat pengesahan dan nyatakan jumlah sebenar pendapatan tanpa sebarang penipuan dan disahkan benar.

CONTOH DOKUMEN BUKTI HILANG KERJA, PENDAPATAN TERJEJAS

Antara contoh dokumen bukti anda hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas adalah:

1. NOTIS BERHENTI KERJA

Ketika membuat permohonan, lampirkan bersama notis pemberhentian kerja yang diberikan oleh majikan terdahulu. Dokumen ini adalah untuk membuktikan pendapatan ahli KWSP telah terjejas akibat pemberhentian kerja oleh majikan yang terdahulu.

2. NOTIS CUTI TANPA GAJI

Juga, lampirkan bersama notis cuti tanpa gaji daripada majikan terdahulu. Ini kerana cuti tanpa gaji juga menyebabkan pendapatan bulanan anda terjejas kerana anda tidak mempunyai pendapatan sepanjang tempoh cuti tersebut.

3. NOTIS POTONGAN GAJI

Jika majikan memberikan anda notis potongan gaji, lampirkan bersama notis ini kepada KWSP sebagai bukti pendapatan terjejas.

4. NOTIS POTONGAN ELAUN

Mungkin terdapat pekerja yang dipotong elaun untuk mengurangkan kos syarikat dan menyebabkan pendapatannya berkurangan. Jadi, kemukakan notis potongan elaun ini ketika permohonan i-Sinar anda.

5. NOTIS POTONGAN ELAUN KERJA LEBIH MASA / OVER TIME

Sebelum ini anda kerja lebih masa dan diberikan elaun dan gaji anda mampu menyara ahli keluarga namun kini berkurangan akibat dipotong walaupun anda melakukan OT, simpan notis ini dan lampirkan juga ketika permohonan anda. Ia juga bukti yang menunjukkan pendapatan anda telah terjejas akibat tiada lagi elaun lerja lebih masa.

6. PENYATA AKAUN PERNIAGAAN ATAU LAPORAN PENDAPATAN BULANAN

Anda yang bekerja sendiri pula, sila lampirkan bersama penyata akaun perniagaan atau laporan pendapatan bulanan perniagaan anda. Maklumlah, anda tidak mempunya notis seperti yang di atas untuk dikemukakan pada KWSP untuk memohon pengeluaran i-Sinar KWSP RM10,000.

CONTOH NOTIS CUTI TANPA GAJI

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai dokumen sokongan permohonan pengeluaran i-SInar, sila hubungi KWSP di:

  • Telefon : 03-8922 6000
  • Laman Web : KWSP
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...